Pengukuhan fahaman akidah Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah melalui kolaborasi pengajaran / Siti Aishah Sokhibul Fadil and Dr Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman

Sebagaimana diketahui, ilmu akidah merupakan ilmu agama bersifat fardu ain yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Zumar: 9 bermaksud “Katakanlah (Wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui” manakala Hadis yang diriwayat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sokhibul Fadil, Siti Aishah, Kamaruzaman, Mohd Asyran Safwan
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106948/1/106948.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106948/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebagaimana diketahui, ilmu akidah merupakan ilmu agama bersifat fardu ain yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Zumar: 9 bermaksud “Katakanlah (Wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui” manakala Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi pula menyebutkan Rasulullah SAW bersabda dengan makna:” Menuntut ilmu agama (yang daruri) adalah wajib ke atas setiap muslim”. Demikianlah, difahami bahawa setiap umat Islam yang mukallaf wajib mempelajari dan berusaha menuntut ilmu agama termasuklah ilmu akidah berdasarkan pegangan ahl al-Sunnah Wal Jama’ah beraliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah. Aliran ini merupakan kelompok majoriti yang berpegang teguh dengan manhaj Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda sebagaimana disebut oleh Al-Hafiz Murtada al-Zabidi menerusi Syarh Ihya’ ‘Ulum al-Din Terjemahan: Sekiranya disebut Ahl Sunnah Wal Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengan golongan tersebut adalah kelompok al-‘Asyairah dan al-Maturidiyyah”