Pendidikan pengurusan sistem pangkalan data dalam era globalisasi / Nor Azlina Aziz Fadzillah ... [et al.].

Pada era globalisasi hari ini, internet menawarkan pelbagai maklumat dalam menguruskan aktiviti harian. Maklumat kini berada di hujung jari kita, sama ada untuk tujuan pendidikan, penyelidikan, pembuatan keputusan, pemantauan prestasi, pelaporan, dan juga penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aziz Fadzillah, Nor Azlina, Yusof, Rozianiwati, Hashim, Norhafizah, Abdul Rahman, Normaziah, Mohd Yunus, Sri Yusmawati
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106152/1/106152.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106152/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada era globalisasi hari ini, internet menawarkan pelbagai maklumat dalam menguruskan aktiviti harian. Maklumat kini berada di hujung jari kita, sama ada untuk tujuan pendidikan, penyelidikan, pembuatan keputusan, pemantauan prestasi, pelaporan, dan juga penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan produktiviti atau perkhidmatan. Dengan adanya internet dan bantuan alat carian serta sistem pangkalan data dalam talian, ia membolehkan kita mencari dan mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan cepat. Maklumat yang diperolehi digunakan untuk membantu dan menyelesaikan setiap urusan yang berkaitan dengan keperluan individu atau organisasi. Secara umumnya, maklumat yang dicapai merujuk kepada data yang telah dikumpul dan disimpan dalam talian. Menurut Carlos dan Morris (2018), data boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu data berstruktur (structured) dan tidak berstruktur (unstructured). Contoh data berstruktur ialah seperti pangkalan data tradisional iaitu maklumat pelanggan, transaksi bank, rekod markah pelajar, dan tempahan tiket penerbangan. Manakala, contoh data tidak berstruktur ialah seperti video, gambar, dan teks. Data adalah aset penting kepada seseorang individu dan sesebuah organisasi. Ia perlu diurus dan dianalisis dengan betul. Data boleh diperolehi daripada pelbagai sumber.