Peranan teknologi dalam pendidikan tanpa sempadan / Rozianiwati Yusof ... [et al.].

Pendidikan merupakan salah satu teras yang penting dalam diri seseorang. Ilmu dapat menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global. Keupayaan untuk mendapat sesuatu ilmu adalah perkara yang perlu dititikberatkan bagi memperole...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusof, Rozianiwati, Mohd Yunus, Sri Yusmawati, Abdul Rahman, Normaziah, Aziz Fadzillah, Nor Azlina, Hashim, Norhafizah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106151/1/106151.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106151/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan merupakan salah satu teras yang penting dalam diri seseorang. Ilmu dapat menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global. Keupayaan untuk mendapat sesuatu ilmu adalah perkara yang perlu dititikberatkan bagi memperolehinya semaksimum yang mungkin. Ilmu itu adalah meluas dan tidak terhad oleh batasan geografi, budaya, atau ekonomi. Ini bermakna pelajar dan pendidik dapat mengakses pengetahuan, sumber, dan peluang pembelajaran dari mana-mana sahaja di dunia tanpa halangan fizikal atau sosial. Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025 menggalakkan pembelajaran secara dalam talian bagi membolehkan akses pendidikan serta pengalaman pembelajaran mengikut keperluan pelajar. Teknologi memainkan peranan yang penting bagi menyokong pendidikan tanpa sempadan dan mewujudkan persaingan di peringkat global. Antara teknologi yang penting dalam perkembangan pendidikan ialah internet. Kemunculan internet mewujudkan beberapa aplikasi yang dapat membantu ke arah pendidikan global seperti sosial media, e-pembelajaran, aplikasi kecerdasan buatan, penstriman video serta aplikasi-aplikasi penghasilan bahan pengajaran (Zailan, 2013).