Program siri webinar antarabangsa "Numerical Technique Based on Cubic B-Spline functions for solving time- Fractional Advection Diffusion Equation involving Atangana-Baleanu Derivative" / Azhar Ahmad

Jabatan Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (JSKM UiTMCPP) telah berjaya menganjurkan siri webinar antarabangsa yang bertajuk “Numerical Technique Based on Cubic B-Spline Functions for Solving Time- Fractional Advection Diffusion Equation involving Atangana-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Azhar
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan e-Buletin JSKM 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106145/1/106145.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106145/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jabatan Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (JSKM UiTMCPP) telah berjaya menganjurkan siri webinar antarabangsa yang bertajuk “Numerical Technique Based on Cubic B-Spline Functions for Solving Time- Fractional Advection Diffusion Equation involving Atangana-Baleanu Derivative”. Program ini telah disiarkan secara langsung dengan jayanya melalui platform Facebook milik Jabatan Sains Komputer dan Matematik UiTMCPP pada 15 Ogos 2024 yang bermula pada pukul 3 petang. Webinar ini menampilkan seorang penceramah jemputan yang berpengalaman luas, iaitu Profesor Dr. Muhammad Abbas dari Universiti Sargodha, Pakistan, yang merupakan seorang pakar yang sangat dihormati dalam bidang matematik. Beliau merupakan seorang tokoh terkemuka dalam bidang matematik di Universiti Sargodha, Pakistan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Sains dari Universiti Punjab, Lahore, pada tahun 2001 dan 2003. Beliau memulakan kerjaya akademiknya sebagai pensyarah di Universiti Sargodha pada tahun 2005 dan telah mengajar pelbagai kursus Matematik Gunaan di peringkat sarjana muda dan pascasiswazah. Pada tahun 2012, beliau Berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam Reka Bentuk Geometri Berbantu Komputer dari Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian, pada tahun 2014, beliau melanjutkan penyelidikan di peringkat pasca doctoral di institusi yang sama.