JPK Bekpes / Muhammad Zulhilmi Zulkifli, Naz Asyraf Mohammad Nazarul and Nurul Aisyah Mat Yusoff
Pada setiap hari Sabtu, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) telah melancarkan aktiviti jualan sarapan pagi bertemakan "JPK Bekpes" di hadapan Unit Residensi Dan Hospitaliti Pelajar (URHP) daripada pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana tambahan bagi k...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105948/1/105948.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105948/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pada setiap hari Sabtu, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) telah melancarkan aktiviti jualan sarapan pagi bertemakan "JPK Bekpes" di hadapan Unit Residensi Dan Hospitaliti Pelajar (URHP) daripada pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana tambahan bagi kelab dan aktiviti yang akan datang, serta untuk mengeratkan hubungan antara penghuni kolej dan komuniti setempat. Di antara menu yang dijual termasuklah nasi lemak dengan harga RM 1.50, sandwich RM 2.50, serta set "Mix n Match" yang mengandungi tiga pilihan makanan ringan seperti karipap, donat, dan roti sosej dengan harga RM 2.50 sahaja. Menu ini disusun bagi memastikan harga yang berpatutan, sesuai dengan bajet pelajar, serta memberikan variasi pilihan yang menarik. Setiap minggu, JPK bertugas secara bergilir-gilir untuk menyediakan dan menjual makanan. Ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk belajar menguruskan jualan dan berinteraksi dengan pelajar lain, tetapi juga memperkuatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli JPK. Sambutan terhadap "JPK Bekpes" amat memberangsangkan. Setiap minggu, jualan makanan ini habis dijual dalam masa yang singkat. Ini menunjukkan keperluan dan permintaan yang tinggi terhadap jualan makanan yang berpatutan di kolej. |
---|