E-Invoicing di Malaysia: manfaat dan cabaran / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

E-invoicing, atau invois elektronik, melibatkan pertukaran invois secara elektronik antara perniagaan dan pihak berkuasa cukai. Ia direka untuk menggantikan invois kertas tradisional, yang membolehkan perniagaan menjana, menghantar, dan menerima invois dalam format digital. Peralihan ini adalah seba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat, Mustafa Kamal, Azis, Saflina
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105887/1/105887.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105887/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:E-invoicing, atau invois elektronik, melibatkan pertukaran invois secara elektronik antara perniagaan dan pihak berkuasa cukai. Ia direka untuk menggantikan invois kertas tradisional, yang membolehkan perniagaan menjana, menghantar, dan menerima invois dalam format digital. Peralihan ini adalah sebahagian daripada strategi lebih luas Malaysia untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan memperkemas pentadbiran cukai, seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Pelaksanaan e-invoicing ini merupakan satu inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos, dan meningkatkan pematuhan dalam ekosistem perniagaan. Peralihan daripada invois berasaskan kertas tradisional kepada format digital dijangka akan memperkemas transaksi kewangan dan memudahkan pengumpulan data secara masa nyata, selaras dengan trend global ke arah digitalisasi. Pelaksanaan ini telah bermula pada 1 Ogos 2024 yang lalu, telah menyasarkan pembayar cukai dengan pendapatan tahunan melebihi RM100 juta dan akan dilaksanakan secara berperingkat untuk membolehkan perniagaan menyesuaikan diri secara beransur-ansur.