Penonjolan budaya masyarakat Baba dan Nyonya melalui rekacorak pakaian / Rafidah A'ilyani Abd Razak

Melalui buktI sejarah didapati bahawa orang Cina telah mengunjungi Tanah Melayu ini semenjak awal abad ke 15 tetapi mereka hanyalah sebagai pendatang dan akan kembali ke negeri China setelah semua urusan perniagaan selesai. Dengan pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris dalam tahun 1786 dan Melaka pula...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Razak, Rafidah A'ilyani
Format: Thesis
Language:English
Published: 1998
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103266/1/103266.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103266/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Melalui buktI sejarah didapati bahawa orang Cina telah mengunjungi Tanah Melayu ini semenjak awal abad ke 15 tetapi mereka hanyalah sebagai pendatang dan akan kembali ke negeri China setelah semua urusan perniagaan selesai. Dengan pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris dalam tahun 1786 dan Melaka pula dijadikan tanah jajahan Inggeris dalam tahun 1824, ekoran daripada perjanjian Inggeris - Belanda dan dalam tahun 1819 pula Singapura telah jatuh ke tangan Inggeris. Semenjak Inggeris berkuasa itulah orang - orang Cina menetap di negeri - negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang, Simgapura). Orang Cina yang menetap di negeri - negeri Selat ini biasanya dipanggil Baba dan Nyonya atau golongan Cina Peranakan. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Baba kerana kebudayaan mereka berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi juga mempunyai pengaruh kebudayaan Melayu. Masyarakat Baba dan Nyonya ini telah mengambil beberapa aspek kebudayaan Melayu dan Inggeris dalam kehidupan mereka. Masyarakat Baba dan Nyonya adalah segolongan kaum Cina yang unik kedudukannya di antara kaum Cina yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Kebanyakan mereka tidak boleh bertutur dalam Bahasa Cina tetapi bertutur dalam bahasa pasar atau Bahasa Melayu Peranakan iaiatu mirip kepada Bahasa Melayu. Generasi Nyonya (Baba Perempuan) masih memakai pakaian kebaya dan kain sarung sebagaimana yang dipakai oleh orang - orang Melayu. Kebaya yang mereka pakai lebih menarik kerana terdapat banyak sulaman - sulaman daripada benang yang berwarna - warni yang disulam berbagai bentuk seperti bunga, daun dan sebagainya.