Pengaruh pembinaan terminal pengangkutan awam di Pekan Kukup terhadap kawasan perlancongan setempat / Yahya Ahmad Omar
Kajian pengaruh terminal pengangkutan awam di Pekan Kukup terhadap kawasan pelancongan setempat dibuat bertujuan untuk mengenalpasti kesan yang mungkin wujud di dalam pembangunan terminal ini kepada kawasan pelancongan. Pada peringkat awalan telah dikenalpasti beberapa teori yang berkaitan dengan ka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103235/2/103235.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103235/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian pengaruh terminal pengangkutan awam di Pekan Kukup terhadap kawasan pelancongan setempat dibuat bertujuan untuk mengenalpasti kesan yang mungkin wujud di dalam pembangunan terminal ini kepada kawasan pelancongan. Pada peringkat awalan telah dikenalpasti beberapa teori yang berkaitan dengan kajian ini. Kepelbagaian kajian ilmiah yang dibuat bertujuan untuk memberikan pendedahan secara umum mengenai pengangkutan awam dan kesannya dengan pembangunan industri pelancongan. Kaji selidik terhadap penduduk dan pengunjung di kawasan pelancongan turut dilakukan bagi mengenalpasti isu dan masalah yang mungkin wujud di dalam kawasan kajian. Daripada kaji selidik yang telah dibuat, hampir kesemua pengunjung dan penduduk bersetuju dengan kepentingan pengangkutan awam ini kepada sektor pelancongan. Pembinaan terminal pengangkutan awam ini dijangka berupaya untuk menjana aktiviti pelancongan di Kukup dan sekitamya. Justeru itu, beberapa cadangan am telah dicadangkan samada dari aspek pengangkutan ataupun pelancongan sebagai alternatif di dalam mempelbagaikan perkhidmatan pengangkutan kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, di dalam peiiaksanaan cadangan ini ianya memerlukan usahasama yang erat di antara masyarakat sekitar dan juga agensi kerajaan yang terlibat. |
---|