Lawatan PDPH ke Yakult Factory Malaysia / Wan Ahmad Syakir W. Hassan and Dr Nabilah Huda Zaim

Isnin 27 Mei 2024 – Persatuan Diploma Pengurusan Halal menganjurkan lawatan ke Yakult Factory Malaysia, Seremban. Pada jam 9.15 pagi hari tersebut, para peserta dikehendaki berkumpul di Anjung, UiTM Kuala Pilah untuk sesi taklimat ringkas, menaiki bas dan pemberian sarapan seperti roti dan air miner...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: W. Hassan, Wan Ahmad Syakir, Zaim, Nabilah Huda
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101592/1/101592.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101592/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isnin 27 Mei 2024 – Persatuan Diploma Pengurusan Halal menganjurkan lawatan ke Yakult Factory Malaysia, Seremban. Pada jam 9.15 pagi hari tersebut, para peserta dikehendaki berkumpul di Anjung, UiTM Kuala Pilah untuk sesi taklimat ringkas, menaiki bas dan pemberian sarapan seperti roti dan air mineral untuk setiap 34 orang peserta. Bas mula bertolak pada jam 9.30 pagi dan tiba di Yakult Factory Malaysia pada jam 10.45 pagi tetapi perlu menunggu dan mengambil gambar peserta di pintu masuk Yakult Factory sehingga jam 11.00 pagi untuk masuk ke kilang Yakult bagi memulakan sesi lawatan. Pada jam 11.00 pagi, para peserta dibenarkan masuk untuk memulakan lawatan dengan dikawal oleh seorang pekerja Yakult Factory. Para peserta diberikan taklimat selama 30 minit berkaitan latar belakang, pembuatan, kebaikan, pemberian Yakult secara percuma dan sesi soal jawab berkaitan Yakult. Selepas itu, pada jam 11.35 pagi, para peserta melihat pelbagai jenis produk Yakult di seluruh dunia dan melihat carapembuatan susu Yakult. Para peserta dapat melihat pemprosesan susu Yakult dari awal hingga menjadi produk akhir. Manakala, para peserta juga dapat pengetahuan pemprosesan botol Yakult yang diperbuat daripada beras. Akan tetapi, proses pengeluaran menjadi tergendala kerana mempunyai masalah di bahagian pembungkusan.