Kebisingan di tempat kerja dan langkah-langkah kawalan bagi mengurangkan risiko pendedahan di tempat kerja

Kajian ini secara umumnya adalah untuk mengetahui adakah pekerja terdedah kepada bising berlebihan ditempat kerja iaitu di Syarikat Flextronics Technology (Penang) Sdn. Bhd dan apakah tindakan yang diambil oleh majikan bagi mengurangkan bising berlebihan di premis mereka. Objektif utama kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alfah Lela Mohamad Ramli,
Format: Other
Published: Open University Malaysia 2021
Subjects:
Online Access:http://library.oum.edu.my/repository/1438/1/library-document-1438.pdf
http://library.oum.edu.my/repository/1438/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini secara umumnya adalah untuk mengetahui adakah pekerja terdedah kepada bising berlebihan ditempat kerja iaitu di Syarikat Flextronics Technology (Penang) Sdn. Bhd dan apakah tindakan yang diambil oleh majikan bagi mengurangkan bising berlebihan di premis mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca bunyi bising di tempat kerja dan langkah-langkah kawalan yang diambil oleh majikan untuk mengurangkan dedahan pekerja terhadap bahaya bunyi bising. Kajian ini menggunakan data dari borang semak yang diadaptasi dari ICOP 2019. Selain itu data laporan penilaian risiko bising dan audiometrik juga digunakan. Hasil dari kajian ini boleh dikenalpasti adakah pendedahan bising yang diterima oleh pekerja melebihi had pendedahan bising iaitu paras pendedahan bising harian tidak melebihi 85 dB(A) atau dos bising diri harian melebihi seratus peratus atau paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115dB(A) atau paras tekanan bunyi puncak melebihi 140dB(C) dan mengenalpasti langkah-langkah kawalan yang telah diambil oleh majikan. Ini adalah untuk mengurangkan dedahan pekerja kepada bunyi bising berlebihan seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah peraturan peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019. Akhirnya, jangkaan hasil daripada kajian ini, dapat mencadangankan langkah kawalan terbaik untuk mengatasi bunyi bising berlebihan ditempat kerja supaya ia dapat meningkatkan produktiviti, memberi manfaat kepada syarikat dan pekerja. (Abstract by author)