Solusi stres: 1010 tip praktikal kendali stres
Buku ini ditulis dalam bentuk soal jawab. Setiap persoalan akan dijawab dengan penerangan dan tips praktikal berkaitan dengan topik tersebut. Anda hanya akan dapat memanfaati buku ini dengan baik sekiranya anda menggunakan noktah-noktah penting dari buku ini sebagai pintu untuk anda refklesi kembali...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
White Coat Group Sdn Bhd
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/98314/1/98314_Solusi%20stres%201010%20tip%20praktikal.pdf http://irep.iium.edu.my/98314/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Buku ini ditulis dalam bentuk soal jawab. Setiap persoalan akan dijawab dengan penerangan dan tips praktikal berkaitan dengan topik tersebut. Anda hanya akan dapat memanfaati buku ini dengan baik sekiranya anda menggunakan noktah-noktah penting dari buku ini sebagai pintu untuk anda refklesi kembali dalam kehidupan anda. Ini kerana hanya anda yang benar-benar memahami situasi yang
anda lalui.
Daripada noktah-noktah umum yang ditulis ini, anda harus terjemahkan dalam kehidupan. Antara yang anda boleh lakukan bagi mengoptimakan manfaatnya ialah dengan membaca dalam suasana yang tenang tanpa gangguan, berhenti pada bahagian bertanda REFLEKSI untuk anda berfikir, merenung ke dalam diri dan bermuhasabah. Berhenti untuk mencatatkan perspektif anda dari apa yang anda baca apabila bertemu bahagian bertana NOTA UNTUK DIRI. Jawab persoalan-persoalan yang diberikan berdasarkan situasi anda sendiri. Bukan dari teori atau pandangan orang lain.
Semua tips yang dikongsikan adalah bersifat experiential learning – yang bermaksud anda hanya akan dapat menghayati manfaatnya jiwa anda menjiwainya dalam kehidupan dan merasai sendiri pengalaman mempraktikkan kemahiran tersebut.
Manfaatnya tidak akan dapat dirasai jika sekadar membaca bait-bait teori yang ditulis. Sebagaimana anda tidak akan pandai berenang dengan membaca buku panduan berenang, sebegitu juga mana-mana buku panduan kesihatan mental.
Anda perlu membinanya dalam kehidupan selapis demi selapis. Sehinggalah ia menjadi binaan yang kukuh dalam kehidupan.
Cabar diri anda untuk keluar dari zon selesa. Jangan berpada dengan apa yang telah lakukan selama ini. Bergeraklah untuk mendapatkan hasil. Ingat, segagah mana singa di rimba, dia akan mati kelaparan jika dia enggan bangun dan berlari,berpenat dan belajar dari kegagalan. Sehinggalah dia bertemu hasilnya. |
---|