Penilaian kritikal terhadap pengurusan pandemik dari perspektif Islam: kajian kes di Malaysia

Penularan penyakit berjangkit disebabkan oleh virus Covid-19 telah dikesan seawal bulan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, China, yang kemudiannya merebak secara meluas ke seluruh dunia secara cepat melalui perjalanan dan pergerakan manusia. Wabak penyakit ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai suat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Zain, Nor Razinah, Mohd Noor, Azman
Other Authors: Abdul Rahim, Norhayati Rafida
Format: Book Chapter
Language:English
Published: USIM Press 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/96332/1/96332_Penilaian%20kritikal%20terhadap%20pengurusan%20pandemik.pdf
http://irep.iium.edu.my/96332/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penularan penyakit berjangkit disebabkan oleh virus Covid-19 telah dikesan seawal bulan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, China, yang kemudiannya merebak secara meluas ke seluruh dunia secara cepat melalui perjalanan dan pergerakan manusia. Wabak penyakit ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai suatu pandemik di peringkat global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Dalam menghadapi cabaran seperti ini, didapati bahawa strategi pengurusan pandemik mempunyai persamaan dengan pengurusan bencana. Keunikan ciri-ciri Pandemik Covid-19 dan cara penyebarannya adalah mempengaruhi strategi pengurusan pandemik ini. Adalah menjadi satu keperluan untuk mengikuti ciri-ciri Pandemik Covid-19 dalam mengatur strategi pengurusan pandemik secara konsisten. Ini adalah perlu untuk mengelakkan penyebaran wabak dari orang yang positif terkena virus Covid-19 daripada berjangkit kepada mereka yang masih sihat. Kebanyakan negara-negara telah menyusun atur strategi pengurusan pandemik mereka sendiri bersesuaian dengan situasi politik dan sosio-ekonomi mereka. Melihat kepada Malaysia yang memiliki majoriti rakyat beragama Islam, penyelidikan ini dilakukan dengan tujuan untuk menilai strategi pengurusan pandemik sebagaimana yang diambik oleh Kerajaan Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif dan analisis kandungan, didapati bahawa banyak strategi pengurusan pandemik yang diambil oleh Malaysia bersesuaian dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan menerusi sumber utama Shariah, iaitu Al-Qur’an dan Sunnah.