Percampuran kod dialek ekspresif dalam filem Polis Evo

Salah satu jenis percampuran kod yang jelas dapat dilihat dalam pertuturan masyarakat di Malaysia ialah percampuran kod dialek. Campur kod dialek ini juga dikesan telah digunakan oleh watak-watak dalam filem tempatan. Tanggungjawab untuk menjaga dan memperkasakan bahasa Melayu bukan sahaja dipegang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Noor, Mohamad Yusrizal, Suhaimi, Mohamad Suhaizi
Format: Article
Language:English
Published: Kulliyyah of Languages and Management, IIUM 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/91467/7/91467_Percampuran%20kod%20dialek%20ekspresif%20dalam%20filem%20Polis%20Evo.pdf
http://irep.iium.edu.my/91467/
https://www.iium.edu.my/media/72215/IYSJL_Percampuran_Kod_Dialek_Ekspresif_Dalam_Filem_Polis_Evo_Mohamad.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Salah satu jenis percampuran kod yang jelas dapat dilihat dalam pertuturan masyarakat di Malaysia ialah percampuran kod dialek. Campur kod dialek ini juga dikesan telah digunakan oleh watak-watak dalam filem tempatan. Tanggungjawab untuk menjaga dan memperkasakan bahasa Melayu bukan sahaja dipegang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malah menjadi tanggungjawab semua industri yang menjadikan bahasa Melayu sebagai pertuturan utama mereka dan ini tidak terlepas pada penggiat bidang perfileman dan drama televisyen. Hal ini dilihat masih banyak filem-filem yang dihasilkan di Malaysia masih mengamalkan percampuran kod dalaman atau dialek dalam dialog mereka. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti percampuran kod dialek ekspresif yang digunakan dalam filem Polis Evo dan menganalisis percampuran kod dialek ekspresif dalam filem Polis Evo mengikut proses percampuran kod kata kolokasi. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan kerangka proses percampuran kod oleh Braj B. Kachru (1978) untuk melihat percampuran kod dalaman dalam filem Polis Evo kerana filem ini bergenre aksi komedi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima fungsi ekspresif percampuran kod dialek dalam filem Polis Evo. Ekspresif-ekspresif tersebut ialah ekspresif bimbang, ekspresif kehendak, ekspresif maaf, ekspresif enggan dan ekspresif hairan. Proses percampuran kod dialek ekspresif menunjukkan penyisipan dari segi kata kolokasi. Penyisipan ini menunjukkan percampuran perkataan dari dialek Pantai Timur ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kajian mendapati bahawa percampuran kod dialek banyak berlaku dalam filem-filem tempatan tanpa kita sedari. Percampuran kod dialek ini sedikit sebanyak telah membawa kepada kecelaruan makna dalam kalangan masyarakat yang berbilang dialek. Kata kunci: filem, percampuran kod, ekspresif, dialek, kolokasi