Lakuan bahasa arahan dalam teks ucapan Perdana Menteri berkaitan perintah kawalan pergerakan (PKP)

Teks ucapan merupakan wahana yang menggabungkan penyampaian idealogi dan pemikiran melalui penggunaan bahasa supaya dapat difahami oleh pendengar. Kejayaan menyampaikan sesuatu ucapan bergantung pada penggunaan lakuan bahasa yang meyakinkan pendengar. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saimon, Aminnudin, Licson, Lisa, Mohamad Taufek, Aisyah, Japar, Siti Hajar, Razali, Siti Nor Asmira
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/90067/7/90067_Lakuan%20bahasa%20arahan%2C%20Bach%20%26%20Harnish%20%281979%29%2C%20teks%20ucapan%2C%20Perdana%20Menteri%20%28PM%29%2C%20Perintah%20Kawalan%20Pergerakan%20%28PKP%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/90067/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/4633
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.5.2021
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teks ucapan merupakan wahana yang menggabungkan penyampaian idealogi dan pemikiran melalui penggunaan bahasa supaya dapat difahami oleh pendengar. Kejayaan menyampaikan sesuatu ucapan bergantung pada penggunaan lakuan bahasa yang meyakinkan pendengar. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan lakuan bahasa sebagai satu strategi penghujahan yang berkesan dan lakuan bahasa hanya ditumpukan kepada lakuan bahasa arahan (LBA). Objektif kajian ini adalah menganalisis lakuan bahasa arahan yang terdapat dalam teks ucapan Perdana Menteri. Data utama kajian merupakan teks ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin berkaitan PKP. Sebanyak empat teks ucapan diambil, iaitu pada fasa PKP pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis penggunaan aspek lakuan bahasa arahan dengan bersandarkan kerangka teori Bach dan Harnish (1979). Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan kategori lakuan bahasa arahan yang dinyatakan oleh Bach & Harnish (1979), iaitu permintaan, keperluan, pertanyaan, larangan, nasihat dan permisif diaplikasikan oleh penutur. Hasil dapatan mendapati ujaran paling banyak ialah LBA Keperluan, iaitu sebanyak 21 kali. Hal ini selari dengan intipati ucapan yang sememangnya berkisar tentang keperluan menurut perintah. Kemudian diikuti pula oleh LBA nasihat 15 kali, LBA permintaan (10), LBA larangan (7) dan bagi LBA pertanyaan dan permisif masing-masing hanya satu. Secara keseluruhannya, sebanyak 55 lakuan bahasa arahan yang terdapat dalam teks ucapan YAB PM berkaitan PKP untuk fasa pertama, kedua, ketiga dan keempat. Dapatan kajian mendapati ucapan PM mengandungi lakuan bahasa arahan yang menunjukkan kekuasaan yang ada pada dirinya untuk menuntut dan mengubah pendengar sejajar dengan niat komunikatifnya. Setiap ucapan yang dikenal pasti menunjukkan satu bentuk arahan yang menuntut pendengar untuk melakukan tindakan seperti niat komunikatifnya.