Konsep sastera Islam oleh Kemala dan al-Nadwi: satu perbandingan = The concept of Islamic lterature by Kemala and al-Nadwi: a comparative study
Artikel ini membincangkan takrifan, pandangan dan konsep sastera Islam menurut Kemala dan Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. Kedua-dua tokoh tersebut mewakili dunia kesusasteraan Melayu dan Arab. Kemala merupakan seorang penyair yang banyak menceritakan tentang kehidupan rakyat bawahan seperti petani, nelay...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/77624/1/77624_Konsep%20Sastera%20Islam%20oleh%20Kemala.pdf http://irep.iium.edu.my/77624/ http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_019_amalaqilah.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini membincangkan takrifan, pandangan dan konsep sastera Islam menurut Kemala dan Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. Kedua-dua tokoh tersebut mewakili dunia kesusasteraan Melayu dan Arab. Kemala merupakan seorang penyair yang banyak menceritakan tentang kehidupan rakyat bawahan seperti petani, nelayan dan kaum buruh. Selain itu, beliau turut menulis karya-karya yang berkonsepkan sufi dan kerohanian, manakala al-Nadwi pula merupakan seorang murabbi, pendakwah, pemikir Islam dan sasterawan yang ulung. Artikel ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan di antara pandangan Kemala dan al-Nadwi dalam menterjemahkan konsep sastera Islam yang sebenar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian perbandingan dengan menggunakan pendekatan kajian kualitatif sebagai metode pengumpulan dan analisis data. Perbandingan difokuskan terhadap pemikiran Kemala dan al-Nadwi tentang konsep sastera Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Sastera Islam menurut Kemala dan al-Nadwi diasaskan oleh dua tunjang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, yang merupakan asas akidah Islamiah yang jitu. Kedua-dua tokoh berkenaan turut bersetuju bahawa sastera merupakan antara medium dakwah yang perlu ditunjangi dengan ilmu dan pemikiran kritis.
*********************************************************************************
This article is discussing the definition, views and concept of Islamic literature according to Kemala and Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. Both scholars represent Malay and Arabic literary world respectively. Kemala is a poet who always tells about the lives of subordinates such as farmers, fishermen and workers in his writings as well as the concept of sufism and spirituality. On the other hand, al-Nadwi was a murabbi, preacher, Islamic thinker and prominent writer. This article aims are to discuss the concept and idea of Islamic literature proposed by Kemala and al-Nadwi as well as to compare between both of their views, highlighting the aspects of similarities and differences. The researchers make use in the study analytical and comparative methods using qualitative approach as data collection and analysis, focusing on the concept of Islamic literature discussed by Kemala and al-Nadwi respectively in their books. This study found that the main reference for Islamic literature are al-Quran and al-Sunnah as stated by both of the salient scholars, which are the basis of Islamic faith. Both scholars agreed that literature is one of the medium of da’wah in which knowledge and critical thinking should be the core to that kind of literature. |
---|