Keberkesanan kit maya mari memintal dwibahasa dalam kalangan murid normal dan murid pendidikan khas
Aktiviti pemintal lidah atau tongue twister mengandungi susunan perkataan, frasa atau ayat yang hampir sama sebutannya. Penutur perlu membaca perkataan dengan bunyi yang hampir sama tersebut secara pantas. Hal ini biasanya akan menyebabkan penutur mengalami kesukaran untuk menyebut susunan p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/71702/1/71702_Keberkesanan%20kit%20maya%20mari%20memintal%20dwibahasa.pdf http://irep.iium.edu.my/71702/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Aktiviti pemintal lidah atau tongue twister mengandungi susunan perkataan, frasa
atau ayat yang hampir sama sebutannya. Penutur perlu membaca perkataan dengan
bunyi yang hampir sama tersebut secara pantas. Hal ini biasanya akan menyebabkan
penutur mengalami kesukaran untuk menyebut susunan perkataan dalam ayat yang
dikemukakan hingga terpaksa memberhentikan bacaan atau sebutan. Walaupun
demikian, pemintal lidah merupakan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu
murid-murid meningkatkan kebolehan artikulasi dan sebutan. Maka, Kit Maya Mari
Memintal Dwibahasa ini telah dihasilkan untuk membantu murid-murid atau sesiapa
sahaja untuk menyebut perkataan ketika bertutur dan membaca sama ada dalam
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Selain itu, Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa
ini juga, membolehkan penggunanya menulis ayat -ayat pemintal lidah masingmasing. Hal ini disebabkan oleh, selain ayat-ayat pemintal lidah sedia ada, kit ini
juga memberi panduan dan sumber untuk menghasilkan ayat -ayat pemintal lidah
sendiri. Inovasi ini bersifat mesra pengguna kerana sesiapa sahaja boleh
menggunakannya untuk aktiviti pemintal lidah atau membina ayat-ayat pemintal
lidah sendiri. Kit ini juga boleh digunakan di peringkat antarabangsa kerana
disediakan dalam dua bahasa utama, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sumber dan aktiviti pemintal lidah yang terdapat dalam kit ini juga adalah terdiri
daripada bahan dalam talian dan luar talian, iaitu boleh digunakan dengan atau tanpa
internet. Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa ini juga membolehkan murid, guru
dan masyarakat umum melakukan aktiviti pemintal lidah di samping berpeluang
menghasilkan pula bahan pemintal lidah sendiri secara menyeronokkan di manamana sahaja mereka berada. Kit ini telah digunakan di beberapa buah sekolah di
Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional Shah Alam. Dapatan menunjukkan bahawa, kit ini telah membantu
murid-murid di sekolah rendah yang normal untuk bertutur dengan lebih lancar. Di
samping itu, murid-murid sekolah menengah pendidikan khas yang mengalami
masalah pendengaran dan pertuturan pula, menunjukkan usaha untuk bertutur dan
seronok semasa menggunakan kit ini |
---|