Aplikasi Pedagogi Hikmah bagi Pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Abad ke-21 = The application of the Hikmah (wisdom) pedagogy in the teaching of Malay and English language in the 21st Century
Kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran kolaboratif dan komunikatif merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan abad ke-21. Dalam konteks Malaysia, bahasa Inggeris adalah penting sebagai bahasa perhubungan, perdagangan antarabangsa dan ilmu, sementara...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/68216/1/68216_Aplikasi%20Pedagogi%20Hikmah%20bagi%20Pengajaran%20Bahasa%20Malaysia.pdf http://irep.iium.edu.my/68216/ http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/43.02-04/8725 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran kolaboratif dan komunikatif
merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan abad ke-21. Dalam konteks Malaysia, bahasa Inggeris adalah
penting sebagai bahasa perhubungan, perdagangan antarabangsa dan ilmu, sementara bahasa Malaysia sangat
penting sebagai bahasa kebangsaan dan jati diri bangsa. Kajian ini menyelidik sama ada Pedagogi Hikmah (PH)
yang mengutamakan metode inkuiri bersama-sama dalam satu komuniti, mampu meningkatkan pencapaian bahasa
dan kemahiran kognitif para pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 3 buah kelas Bahasa Malaysia dan 2 buah kelas
Bahasa Inggeris yang mewakili sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas di Gombak. Metodologi yang
digunakan ialah rekabentuk bercampur. Rekabentuk kuantitatif menggunakan kaedah eksperimen kuasi pra-pasca
bagi menentukan keberkesanan intervensi PH dengan menggunakan skor peperiksaan sebagai variabel bebas. Bagi
menyelidik kemajuan 5K (kemahiran kognitif berfikir kritis, kreatif dan keprihatinan, dan kemahiran komunikatif dan
kolaboratif), senarai semak perlakuan kognitif IAPC telah digunakan. Rekabentuk kualitatif menggunakan Perbincangan
Kumpulan Fokus (PKF). Hasil kajian kuantitatif menunjukkan bahawa Pedagogi Hikmah berjaya meningkatkan
pencapaian dalam mata pelajaran bahasa dan juga menambahbaik kemahiran 5K. Analisis kualitatif mendapati
bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap Pedagogi Hikmah.
*****************************************************
Soft skills that include higher order thinking (HOTS), collaborative and communicative skills are essential skills in the
21st century. In the Malaysian context, English is important as the language of communication, international trade, and
knowledge; while Bahasa Malaysia is the national language and important for fostering the Malaysian identity. This
study aims to determine whether the Hikmah (Wisdom) Pedagogy which employs the inquiry method in a community, can
enhance students’ achievement in both languages and cognitive skills. The sample of the study consisted of 3 Malay and
2 English language classes representing primary, lower and upper secondary school levels in Gombak. Mixed method
research design was employed. The quantitative method employed was quasi-experimental pre-post test to determine the
effectiveness of the intervention with examination scores as the independent variable. To investigate the progress of the
5Cs (critical, creative, caring thinking, communication and collaborative skills), the IAPC cognitive behavior checklist
was used. The qualitative design employed was focus group discussion. The results of the quantitative analyses show
that the Hikmah Pedagogy succeeded in improving students’ achievement in both languages and their 5Cs skills. The
qualitative analyses found that the students had a positive attitude toward the Hikmah Pedagogy for the 5Cs. |
---|