Gantirugi akibat pembatalan pertunangan: Menurut fiqh serta amalannya di Mahkamah Syariah
Perubahan pengamalan serta pemahaman masyarakat masa kini dalam melangsungkan majlis pertunangan memberikan kesan terhadap beberapa persoalan fiqh terutamanya apabila berlakunya pembatalan pertunangan. Telah menjadi kebiasaan pada masa sekarang acara pertunangan disambut dengan satu majlis rasmi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Department of Syariah, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/63335/1/Miszairi%20%26%20Arifah%20Gantirugi%20pertunangan.pdf http://irep.iium.edu.my/63335/ https://www.ukmsyariah.org/terbitan/index.php/iclij2017 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perubahan pengamalan serta pemahaman masyarakat masa kini dalam melangsungkan
majlis pertunangan memberikan kesan terhadap beberapa persoalan fiqh terutamanya
apabila berlakunya pembatalan pertunangan. Telah menjadi kebiasaan pada masa
sekarang acara pertunangan disambut dengan satu majlis rasmi yang memakan
perbelanjaan yang besar disertai dengan pemberian hadiah yang berharga dan mewah.
Persoalan timbul apabila pertunangan itu dibatalkan. Adakah hadiah pemberian
pertunangan itu boleh minta dikembalikan? Adakah gantirugi perbelanjaan
mengadakan majlis pertunangan boleh dituntut jika pihak lelaki membatalkan
pertunangan? Adakah perbelanjaan lain yang mungkin dikeluarkan atau sebarang
kerugian yang mungkin timbul sepanjang tempoh sebelum pertunangan itu dibatalkan
boleh dituntut? Kajian ini cuba merungkai persoalan-persoalan akibat pembatalan
pertunangan dari sudut fiqh dan pada masa yang sama menilai peruntukan-peruntukan
yang ada dalam Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan
berkaitan perkara tersebut. Penulis juga membuat analisa berapa kes mahkamah Syariah
berhubung tuntutan gantirugi akibat pembatalan pertunangan. Kajian ini mendapati
bahawa para ulama mazhab berbeza pendapat tentang hukum meminta kembali hadiah
atau pemberian yang diberikan pada majlis pertunangan. Walau bagaimanapun mereka
bersepakat jika pemberian itu adalah sebahagian daripada mahar atau mas kahwin, ia
boleh dituntut semula. Para ulama mazhab silam juga bersepakat bahawa tiada sebarang
gantirugi boleh dituntut akibat pembatalan pertunangan. Ini berdasarkan takyif
pertunangan (atau khitbah) adalah wa‘d gayr mulzim (atau janji yang tidak mesti
disempurnakan/tidak mengikat) dan bukan suatu aqad (atau kontrak yang mengikat).
Oleh kerana itu, semua pihak telah sedia maklum, jika pertunangan itu dibatalkan,
tiada sebarang gantirugi boleh dituntut. Tuntutan terhadap sebarang kemudaratan tidak
timbul memandangkan amalan pada masa silam pertunangan dilakukan secara senyap
dan tidak dihebahkan sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Pandangan ulama semasa
sepakat bahawa tiada sebarang tuntutan boleh dibuat terhadap pembatalan pertunangan
itu sendiri. Walau bagaimanapun, mereka berbeza pandangan dalam menuntut
kemudaratan yang timbul kesan daripada pembatalan tersebut. Undang-Undang
Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan memperuntukkan bahawa pihak yang
membatalkan perkahwinan tidak dibenarkan meminta semula hadiah pertunangan
diberi kecuali dengan syarat pembatalan tersebut dilakukan dengan sebab yang sah,
sebaliknya pihak yang ingin mengekalkan ikatan dibenarkan meminta semula hadiah
yang diberikan pada majlis pertunangan. Undang-undang juga membenarkan tuntutan
gantirugi terhadap sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan bagi tujuan persediaan
mengadakan majlis perkahwinan atau walimah. Mana kala kerugian selain daripada
tujuan tersebut adalah tidak dibenarkan untuk dituntut. Penulis berpendapat bahawa
peruntukan undang-undang yang mengatakan “dengan sebab yang sah” perlu
diperjelaskan. Penghadan menuntut gantirugi kepada perbelanjaan berkaitan persediaan
perkahwinan wajar diperluaskan bagi menegakkan keadilan. |
---|