Pendekatan harmoni Shaykh Dawud al-Fatani dalam isu-isu akidah dalam masyarakat Melayu: tumpuan terhadap polemik ayat-ayat mutasyabihat
Shaykh Dawud al-Fatani merupakan di antara ulama dan pengarang terulung di Kepulauan Melayu pada akhir kurun ke-18 dan 19. Beberapa karangan beliau telah menjadi rujukan utama di Alam Melayu dalam ilmu akidah, fiqh, dan tasawwuf. Sebahagian kitab-kitab beliau seperti al-Durr al-Thamin, Munyat al-Mus...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
USM
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/61072/19/61072_Pendekatan%20harmoni%20Shaykh%20Dawud%20al-Fatani_complete.pdf http://irep.iium.edu.my/61072/ http://insist.usm.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Shaykh Dawud al-Fatani merupakan di antara ulama dan pengarang terulung di Kepulauan Melayu pada akhir kurun ke-18 dan 19. Beberapa karangan beliau telah menjadi rujukan utama di Alam Melayu dalam ilmu akidah, fiqh, dan tasawwuf. Sebahagian kitab-kitab beliau seperti al-Durr al-Thamin, Munyat al-Musalli, Furu’ al-Masa’il dan Minhaj al-Abidin menjadi rujukan penting dalam pengajian ilmu di sana. Ini membuktikan bahawa pengaruh beliau amat besar dan signifikan. Di samping kesarjanaannya yang tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu, beliau juga mempunyai pendekatan yang unik di dalam mengupas isu-isu akidah khususnya dalam masyarakat Melayu yang menjadi perbahasan di kalangan ulama di zamannya. Di dalam isu ayat-ayat Mutasyabihat, beliau menyelesaikan polemik Salaf dan Khalaf dengan mengambil pendekatan harmoni untuk megelakkan perpecahan terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk memastikan bagaimanakah beliau menggunakan pendekatan harmoninya di dalam menguruskan polemik tersebut dengan mengambil kira tahap dan status keilmuan seseorang sebagai asas penilaiannya ke arah mencapai matlamat akidah iaitu ma’rifat Allah (mengenal Allah). Penggunaan dalil-dalil naqli dan aqli juga merupakan sebahagian daripada metodologi beliau dalam menguruskan perkara tersebut. Justeru, kajian ini akan menyerlahkan kematangan dan kesarjanaan beliau di dalam perkembangan ilmu khususnya di Kepulauan Melayu yang boleh menjadi panduan untuk generasi kini dalam menelusuri polemik masyarakat Islam secara harmoni. |
---|