Penggunaan tulang haiwan dalam produk penapis air: kajian di Hijrah Water Sdn. Bhd.
Kertas kerja ini membincangkan mengenai isu penggunaan tulang haiwan dalam produk penapis air dan pandangan syarak mengenainya. Umumnya, tulang haiwan adalah antara bahan penting yang digunakan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran air, dan dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/43705/1/43705.pdf http://irep.iium.edu.my/43705/ http://usulifaqihrc.com/eprosiding/wp-content/uploads/2015/05/Prosiding-Mohd-Mahyeddin-Mohd-Salleh.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kerja ini membincangkan mengenai isu penggunaan tulang haiwan dalam produk penapis air dan pandangan syarak mengenainya. Umumnya, tulang haiwan adalah antara bahan penting yang digunakan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran air, dan dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air. Kebanyakan tulang dalam industri diperolehi dari sumber yang haram atau diragui status halalnya. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif berdasarkan pendekatan analisis dokumen dan temubual. Pengkaji memilih syarikat Hijrah Water Sdn. Bhd. sebagai lokasi kajian atas kapasiti syarikat sebagai peneraju penapis air halal di Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati bahawa tulang haiwan adalah bahan yang menjadi pilihan oleh kebanyakan syarikat penapis air kerana mudah diperolehi, disamping harganya yang lebih murah berbanding bahan-bahan lain. Berdasarkan Mazhab Syafie', kaedah istihalah didapati tidak boleh diaplikasikan dalam produk penapis air sekiranya sumber tulang adalah daripada haiwan haram. Namun begitu, sebagai alternatif halal, bahan-bahan daripada sumber semulajadi seperti cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan tilapia boleh menggantikan tulang haiwan yang digunakan dalam industri penapis air. |
---|