Kehendak shariah dalam akta perkhidmatan kewangan Islam 2013 (AKTA 759): satu tinjauan

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) adalah merupakan Akta terkini yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia untuk mengawalselia sektor perniagaan kewangan Islam di Malaysia. Akta ini mula berkuatkuasa pada 30 Jun 2013 dan telah memansuhkan Akta Bank Islam 1983 (Akta 276) dan Akta Takaful...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hussain , Mohammad Azam, Hassan , Rusni, Hasan , Aznan
Format: Article
Language:English
Published: Current Law Journal 2015
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/42569/1/Article-Kehendak_Syariah_Dalam_APKI_2013-Rusni%2C_Aznan%2C_Azam.pdf
http://irep.iium.edu.my/42569/
http://www.cljlaw.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) adalah merupakan Akta terkini yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia untuk mengawalselia sektor perniagaan kewangan Islam di Malaysia. Akta ini mula berkuatkuasa pada 30 Jun 2013 dan telah memansuhkan Akta Bank Islam 1983 (Akta 276) dan Akta Takaful 1984 (Akta 312). Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan bagi pengawalseliaan dan penyeliaan institusi kewangan Islam, sistem pembayaran dan entiti berkaitan yang lain dan pengawasan pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam untuk mengalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan Shariah dan bagi perkara yang berhubungan, berbangkit atau bersampingan dengannya. Objektif utama Akta ini adalah untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan Shariah. Dalam usaha memastikan aspek kepatuhan Shariah, Akta ini memasukkan peruntukan-peruntukan khusus berkaitan dengan kehendak Shariah untuk dipatuhi sepenuhnya oleh institusi-institusi kewangan Islam. Artikel ini akan meninjau dan membincangkan peruntukan-peruntukan berkaitan serta menjelaskan juga kesan-kesan sekiranya berlaku kemungkiran oleh mana-mana pihak dalam mematuhi peruntukan-peruntukan terbabit. Katakunci: Akta Perkhidmatan Kewangan Islam; Kepatuhan Shariah; Tadbir Urus Shariah, institusi Kewangan Islam, Undang-undang Islam.