Wasatiyyah dan semangat hijrah

Peristiwa hijrah al-Rasul suatu titik-tolak yang penting dalam sejarah Islam. Ia adalah perintah Allah dan pertimbangan Rasulullah SAW mengatur strategi bijaksana supaya akhirnya Islam diterima di jazirah Arabia. Peristiwa Rasulullah SAW dicederakan di Taif tidak membawa sikap putus asas Nabi dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Baba, Sidek
Format: Article
Language:English
Published: Utusan Melayu Malaysia Berhad 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/33754/1/Wasatiyyah_dan_semangat_hijrah.htm
http://irep.iium.edu.my/33754/
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131105/re_02/Wasatiyyah-dan-semangat-hijrah
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peristiwa hijrah al-Rasul suatu titik-tolak yang penting dalam sejarah Islam. Ia adalah perintah Allah dan pertimbangan Rasulullah SAW mengatur strategi bijaksana supaya akhirnya Islam diterima di jazirah Arabia. Peristiwa Rasulullah SAW dicederakan di Taif tidak membawa sikap putus asas Nabi dan tidak pula mendoakan kebinasaan kepada kaum Jahiliyah. Rasulullah SAW seorang pesuruh yang berjiwa besar kerana peribadinya adalah siddiq, amanah, tabligh, fatanah. Siddiq bermakna baginda membawa risalah kebenaran mengenai akidah tauhid. Kaum Jahiliyyah adalah kaum yang syirik dan mengembalikan mereka kepada Tuhan Yang Esa adalah suatu amanah. Amanah itu disempurnakan dengan tabligh atau dakwah yang bijaksana. Fatanah atau bijaksana merupakan jalur wasatiyyah yang dimiliki baginda. Jiwa kehambaan yang tinggi dimiliki Rasulullah SAW menyebabkan baginda akur dengan perintah Allah untuk melakukan hijrah. Hijrah adalah suatu pendekatan strategik mengambil pertimbangan Allah (hablum minallah) dan manfaat manusia (hablum minannas) sebagai jalan perjuangan. Strategi manusiawi adalah mengaturkan tempat tidur Rasullullah SAW digantikan dengan Saidina Ali, seorang pemuda Islam yang tangkas dan berani dan teman ke Gua Thur diiringi oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq seorang yang cintakan kebenaran. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131105/re_02/Wasatiyyah-dan-semangat-hijrah#ixzz2ogDgOd4R © Utusan Melayu (M) Bhd