Perubahan dan pengesahan modul penilaian bacaan Al-Quran TPT pelajar UIAM

Tilawah Placement Test (TPT) merupakan ujian yang dijalankan bagi menetapkan peringkat bacaanpelajar sebelum menduduki kelas Tilawah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). KelasTilawah al-Quran ialah subjek wajib universiti yang perlu diambil oleh setiap pelajar sebagai syaratgraduasi Uni...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Ahmad Lutfi, Mujahid, Nik Man, Nik Muhammad
التنسيق: فصل الكتاب
اللغة:English
منشور في: CELPAD Research Unit, CELPAD, IIUM 2023
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://irep.iium.edu.my/118514/7/118514_%20Perubahan%20dan%20pengesahan%20modul.pdf
http://irep.iium.edu.my/118514/
https://centre.iium.edu.my/celpad/publication/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Tilawah Placement Test (TPT) merupakan ujian yang dijalankan bagi menetapkan peringkat bacaanpelajar sebelum menduduki kelas Tilawah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). KelasTilawah al-Quran ialah subjek wajib universiti yang perlu diambil oleh setiap pelajar sebagai syaratgraduasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Penilaian yang dijalankan oleh panelujian berdasarkan tahap kelancaran bacaan pelajar mengikut ayat-ayat al-Quran yang diberikansemasa tempoh ujian. Satu modul penilaian telah disusun bagi menjalankan proses ini. Tujuan modulini disusun adalah untuk meletakkan satu garis panduan supaya dapat menjadi rujukan oleh panelpenilai semasa ujian dijalankan. Garis panduan yang ditetapkan bertujuan untuk penyelarasan pelantindakan yang dijalankan oleh semua panel penilai yang terlibat dengan ujian. Hal Ini juga bagimengelakkan sebarang ketidaktelusan semasa ujian dijalankan. Antara aspek penilaian adalah darisudut kekerapan kesalahan yang dilakukan dalam bacaan, sama ada kesalahan yang jelas ataupuntersembunyi. Keputusan ujian akan menentukan tahap kelas mana yang akan diduduki oleh pelajartersebut. Kajian ini dijalankan menggunakan metod pengumpulan data berdasarkan rakaman ujianyang telah dijalankan. Sampel kajian diambil daripada ujian TPT yang dijalankan pada Semester 22021/ 2022 (Batch 1). Berdasarkan ujian yang dijalankan, kajian ini mendapati bahawa modul inidapat membantu panel penilai dalam proses ujian. Penggunaan modul ini juga dapat menyelaraskantahap penilaian yang dilakukan oleh panel-panel yang berbeza berdasarkan proses semakan balasyang dilakukan oleh panel yang berbeza bagi senarai pelajar yang sama. Tahap kesepakatan yangdicapai oleh panel yang berbeza mencapai 88% berdasarkan analisis yang telah dijalankan.