Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen bahasa ibunda & identiti budaya terhadap prasetia keusahawanan: kajian dalam kalangan pelajar IIUM
Prasetia keusahawanan merupakan dimensi yang sentiasa mendapat perhatian penyelidikan, kerana merupakan antara faktor yang mendorong seseorang untuk menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan. Model Teori Tingkah laku yang Dirancang-Theory of Planned Behaviour (TPB), merupakan model popular yang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book Chapter |
Language: | Malay |
Published: |
CELPAD Research Unit, CELPAD, International Islamic University Malaysia
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/117952/7/117952%20Kesahan%20dan%20Kebolehpercayaan%20Instrumen%20Bahasa%20Ibunda.pdf http://irep.iium.edu.my/117952/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Prasetia keusahawanan merupakan dimensi yang sentiasa mendapat perhatian penyelidikan,
kerana merupakan antara faktor yang mendorong seseorang untuk menceburi kerjaya dalam
bidang keusahawanan. Model Teori Tingkah laku yang Dirancang-Theory of Planned Behaviour
(TPB), merupakan model popular yang sering diguna pakai bagi mengukur prasetia
keusahawanan. Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen kajian yang
berteraskan TPB, dan ditambah baik dengan Identiti budaya sebagai pemboleh ubah tidak
bersandar tambahan serta peranan Bahasa Ibunda sebagai pemboleh ubah mediator, terhadap
prasetia keusahawanan. Faktor TPB (1) Sikap terhadap Tingkah laku mempunyai 7 item, (2)
Norma Subjektif -7 item, (3) Kawalan Tingkah laku-6 item dan Identiti Budaya -5 item.
Sementara Bahasa Ibunda- 7 item. Pemboleh ubah bersandar prasetia keusahawanan pula ada 7
item. Bagi tujuan penyelidikan ini, seramai 425 orang mahasiswa IIUM terlibat sebagai sampel
dalam analisis kuantitatif. Sementara 44 sampel telah diuji sebagai kajian rintis. Analisis secara
deskriptif dan analisis kebolehpercayaan (Cronbach alpha) diukur bagi melihat kestabilan dan
ketekalan dalaman item dengan menggunakan perisian SPSS version 26. Nilai Cronbach alpha
bagi (1) Sikap terhadap Tingkah laku ialah 0.927, (2) Norma Subjektif, 0.948, (3) Kawalan
Tingkah laku, 0.860, dan Identiti Budaya, 0.914. Nilai Cronbach Alpha bagi Bahasa Ibunda,
0.918 dan Prasetia keusahawanan pula 0.936. Manakala analisis korelasi menggunakan analisis
Korelasi Peason bagi mengukur kesahan konstuk item soal selidik. Nilai korelasi bagi semua
item menunjukkan item-item soal selidik ini baik, sah dan boleh diterima untuk inter-korelasi
terhadap prasetia keusahawanan serta signifikan untuk penyelidikan ini. Nilai-nilai yang dicapai
adalah sangat baik dan mengesahkan instrumen penyelidikan yang dihasilkan boleh diterima
untuk tujuan penyelidikan seterusnya. Bahkan penyelidik juga mencadangkan reka bentuk
penyelidikan serta rumusan hasil daripada pnyelidikan ini untuk manfaat penyelidikan akan
datang. |
---|