Komuniti Iban di Rumah Panjang Lingu Pakut Sibuti : Analisis Geolinguistik
Kajian ini bertujuan untuk melihat bahasa, budaya dan adat komuniti Iban di rumah panjang Lingu Pakut Sibuti dari aspek geolinguistik. Kajian ini merupakan kajian lapangan dan bersifat deskriptif. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan juga temu bual dengan responden. Sebanyak 30...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Proceeding Paper |
Language: | Malay |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/117683/1/Komuniti%20Iban%20di%20Rumah%20Panjang%20Lingu%20Pakut%20Sebuti%20%28Adriana%20Santa%29.docx http://irep.iium.edu.my/117683/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat bahasa, budaya dan adat komuniti Iban di rumah panjang Lingu Pakut Sibuti dari aspek geolinguistik.
Kajian ini merupakan kajian lapangan dan bersifat deskriptif. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan juga temu bual dengan responden. Sebanyak 30 orang responden yang terlibat dalam kajian ini.
Hasil kajian menunjukkan faktor bentuk muka bumi di kawasan rumah panjang telah memainkan peranan dalam pembentukan bahasa Iban dalam kalangan komuniti Iban di rumah panjang ini. Selain daripada faktor linguistik, faktor seperti adat dan budaya juga turut mempengaruhi kewujudan komuniti Iban di rumah panjang ini.
Kajian ini dapat memperlihatkan faktor geografi seperti bentuk muka bumi digembleng dengan faktor amalan adat tradisi serta budaya mampu mengekalkan komuniti Iban di rumah panjang Lingu Pakut Sibuti.
Meskipun komuniti Iban di rumah Lingu masih tinggal di rumah panjang, adat, bahasa dan budaya komuniti Iban di tempat ini masih dikekalkan sehingga pada hari ini. Bahasa, budaya dan adat Masyarakat Iban haruslah dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman. |
---|