WACANA PERBUALAN BAHASA TABU DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL TWITTER @ X BERDASARKAN CIAPAN TERPILIH BERKAITAN DENGAN DIMENSI SOSIAL

Dimensi sosial berperanan menyampaikan maklumat sosial dalam proses komunikasi. Data kajian terdiri daripada ciapan terpilih dalam media sosial Twitter @ X yang menggunakan bahasa tabu. Penggunaan bahasa tabu kini didapati semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Fenomena ini telah dilakukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idrus, Azean Idruwani, Zamri, NUR ASHIKIN SYAHIRAH
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UMT 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/117252/1/5-WACANA-PERBUALAN-BAHASA-TABU-DALAM-KALANGAN-PENGGUNA-MEDIA-SOSIAL-TWITTER-%40-X-BERDASARKAN-CIAPAN-TERPILIH.pdf
http://irep.iium.edu.my/117252/
https://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/2024/12/ToC-JBSD-Volume-12-Number-2-September-2024-FINAL.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dimensi sosial berperanan menyampaikan maklumat sosial dalam proses komunikasi. Data kajian terdiri daripada ciapan terpilih dalam media sosial Twitter @ X yang menggunakan bahasa tabu. Penggunaan bahasa tabu kini didapati semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Fenomena ini telah dilakukan tanpa segan silu secara terbuka ketika berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa tabu yang bersifat negatif, lucah, tidak senonoh serta tidak elok untuk didengari difokuskan dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis penggunaan bahasa tabu oleh pengguna di Twitter @ X. Kajian ini turut mengaplikasikan Dimensi Sosial Holmes dan Wilson (2017), iaitu jarak sosial, status sosial, tahap keformalan dan fungsian sebagai panduan dalam memperoleh dapatan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif dan dianalisis mengikut kaedah penganalisisan teks. Dapatan kajian mendapati bahawa empat dimensi sosial oleh Holmes dan Wilson (2017), iaitu sosial, status sosial, tahap keformalan dan fungsian digunakan dalam kalangan pengguna Twitter @ X. Dapatan juga mendapati bahawa ciapan turut mengandungi unsur kemarahan serta didorong oleh emosi yang menjurus kepada penggunaan bahasa tabu. Selain itu, faktor keakraban serta jenaka turut mendorong pengguna Twitter @ X mengaplikasikan kata tabu dalam ciapannya. Kajian ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada pengguna Twitter @ X agar cakna ketika menggunakan bahasa yang bertepatan dengan norma dan budaya khususnya dalam media sosial.