Antropomorfisme dalam lagu dikir barat berunsurkan haiwan: analisis tahap kefahaman para pendengar

Lagu merupakan gubahan seni nada atau suara disertakan dengan muzik yang mempunyai kesatuan dan kesinambungan. Pada sesebuah lagu terdapat penulisan lirik yang bersifat tersurat atau tersirat. Pada lirik lagu, terdapat beberapa unsur yang bo leh diselitkan, antaranya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suhaimi, Mohamad Suhaizi, Mohd Razali, Muhammad Auzraie
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Tekmologi Malaysia 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/116776/8/116776_Antropomorfisme%20dalam%20lagu%20dikir%20barat.pdf
http://irep.iium.edu.my/116776/
https://journals.utm.my/lsp/article/view/21841/8653
https://doi.org/10.11113/lspi.v11.21841
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lagu merupakan gubahan seni nada atau suara disertakan dengan muzik yang mempunyai kesatuan dan kesinambungan. Pada sesebuah lagu terdapat penulisan lirik yang bersifat tersurat atau tersirat. Pada lirik lagu, terdapat beberapa unsur yang bo leh diselitkan, antaranya ialah unsur Antropomorfisme yang sering kali dijumpai dalam lirik lagu dikir barat. Hal ini demikian ke rana, penggunaanunsur antropomorfisme dalam lirik lagu dikir barat membuatkan para pendengar kurang memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lirik. Justeru, kajian ini memfokuskan antropomorfisme dalam lagu dikir barat yang berunsurkan haiwan seperti kambing, ketam, tikus, ular dan kucing. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti elemen antropomorfisme berunsurkan haiwan dalam lagu dikir barat berserta menganalisis kefahaman para pendengar lagu dikir barat terhadap elemen antropomorfisme. Reka bentuk kajian ini ialah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan, temu bual spontan dan edaran borang soal selidik. Dapatan bagi kajian ini ialah responden memberi jawapan bahawa kefahaman mereka memperoleh penilaian pengkaji pada tahap yang tinggi iaitu majoriti memahami akan makna di sebalik lirik lagu tesebut. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang positif dan menjadi rujukan kajian lanjutan.