Refleksi dualisme ‘asam dan garam’ dalam peribahasa: analisis semantik inkuisitif

Konsep dualisme sering kali dibahaskan dalam ruang lingkup yang pelbagai seperti dualisme agama, dualisme pendidikan, dualisme pembangunan negara dan dualisme ekonomi. Pengamatan terhadap pengalaman hidup menjadikan masyarakat Melayu pada masa lalu lebih peka terhadap persekitarannya, sama ada yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nopiah, Julaina, Idrus, Azean Idruwani, Anak Tinggom, Adriana Santa
Format: Proceeding Paper
Language:Malay
Published: KSTCL Press, IIUM 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/116663/1/index.html
http://irep.iium.edu.my/116663/
https://kulliyyah.iium.edu.my/kstcl/e-book-e-magazine/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep dualisme sering kali dibahaskan dalam ruang lingkup yang pelbagai seperti dualisme agama, dualisme pendidikan, dualisme pembangunan negara dan dualisme ekonomi. Pengamatan terhadap pengalaman hidup menjadikan masyarakat Melayu pada masa lalu lebih peka terhadap persekitarannya, sama ada yang bersifat positif atau negatif, bahkan yang bersifat natural atau duaan. Dalam peribahasa Melayu, konsep dualisme wujud berdasarkan penilaian orang Melayu pada masa lalu terhadap sifat dan tingkah laku orang di sekelilingnya, Sebanyak 37 peribahasa dari sumber Kamus Istimewa Peribahasa Melayu didapati mengandungi elemen dualisme. Daripada 37 data yang dikenal pasti, sebanyak 24% peribahasa adalah daripada kombinasi ‘asam-garam’. Kajian ini mengaplikasikan Pendekatan Semantik Inkuisitif, di samping pengaplikasian Rangka Rujuk Silang (RRS) terhadap data korpus. Berdasarkan analisis yang dilakukan, peribahasa yang berasaskan gandingan objek “asam-garam” bersifat sebagai pelengkap. Walaupun pada dasarnya terdapatnya pertentangan sifat semula jadi antara kedua-dua objek ini, namun gabungan antara keduanya menunjukkan hubungan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Kedudukan yang berbeza (laut dan darat) tetapi mempunyai kegunaan yang sama, iaitu kedua-duanya merupakan perasa dalam makanan.