WACANA PERBUALAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT CINA DI DUNGUN,TERENGGANU
Keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama mewarnai kehidupan masyarakat hasil daripada kepelbagaian yang menyatupadukan. Kewujudan pelbagai bahasa dan dialek ini mencerminkan kekayaan budaya dan sejarah manusia yang sangat kompleks. Bahasa bukan sahaja alat komunik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Proceeding Paper |
Language: | Malay |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/116650/2/e-Proceedings-ISTET-2024_full_01112024.pdf http://irep.iium.edu.my/116650/ https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/12/e-Proceedings-ISTET-2024_full_01112024.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama mewarnai kehidupan
masyarakat hasil daripada kepelbagaian yang menyatupadukan. Kewujudan pelbagai bahasa dan
dialek ini mencerminkan kekayaan budaya dan sejarah manusia yang sangat kompleks. Bahasa
bukan sahaja alat komunikasi tetapi juga identiti dan warisan sesuatu masyarakat. Terengganu
merupakan salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia dan dialek yang terdapat di negeri
tersebut secara majoritinya digunakan oleh masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat
segelintir kasyarakat Cina yang turut menggunakan dialek tersebut dalam perbualan seharian.
Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis wacana perbualan dalam
kalangan masyarakat Cina di daerah Dungun, Terengganu.Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dengan tumpuan kepada kajian kepustakaan dan lapangan dengan mengaplikasikan Teori
Domain Fishman (1972). Kaedah pengedaran borang soal selidik secara dalam talian melalui
Google Form dan temu bual digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pemahaman perkataan dialek Terengganu dalam kalangan masyarakat Cina berada pada tahap
yang memuaskan dan masyarakat Cina memahami makna bahasa Melayu dalam perkataan dialek
Terengganu walaupun mempunyai perbezaan yang ketara. Kajian ini juga mendapati dua faktor
yang mendorong masyarakat Cina untuk menggunakan dialek Terengganu, iaitu faktor pekerjaan
dan pendidikan.Kajian ini telah menjelaskan bahawa pemahaman masyarakat Cina terhadap dialek
Terengganu haruslah dikekalkan agar hubungan antara komuniti terus erat dan harmoni. Dialek
Terengganu bukan sahaja bahasa pertuturan tetapi juga cerminan identiti dan budaya setempat
yang unik |
---|