Bantu OKU kenal Allah
“Mereka tahu al-Quran datang dari Allah. Mereka mahu tahu apa mesej Allah kepada mereka, namun tak mampu membaca kerana tiada kemudahan untuk berinteraksi dengan al-Quran bagi orang bisu dan pekak. Akhirnya, mereka cuma memeluk erat mushaf al-Quran sebagai tanda cinta dan penghargaan.” Tersentak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Media Mulia Sdn. Bhd.
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/116359/1/Bantu%20OKU%20kenal%20Allah_Utusan%20Malaysia_29112024_ms23.pdf http://irep.iium.edu.my/116359/ https://www.utusan.com.my/gaya/2024/11/bantu-oku-kenal-allah/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | “Mereka tahu al-Quran datang dari Allah. Mereka mahu tahu apa mesej Allah kepada mereka, namun tak mampu membaca kerana tiada kemudahan untuk berinteraksi dengan al-Quran bagi orang bisu dan pekak. Akhirnya, mereka cuma memeluk erat mushaf al-Quran sebagai tanda cinta dan penghargaan.”
Tersentak saya mendengar perkongsian Dr Norakyairee Mohd Raus, Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, Universiti Sains Islam Malaysia dalam sebuah forum tak lama dahulu. OKU Pendengaran biasanya berkait rapat dengan OKU Pertuturan. Al-Quran pula lazimnya sebuah kitab yang dituturkan lidah dengan kaedah pembacaan yang khusus. Pernahkah kita terfikir bagaimana OKU bisu dan pekak mahu menutur kalam tuhan ini lalu mendapat pahala per huruf yang dijanjikan Nabi SAW dalam sabdanya?
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Ertinya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajkan itu digandakan 10. Aku tidak kata ALIF-LAM-MIM itu satu huruf, sebaliknya Alif itu (dikira) satu huruf, Lam (dikira) satu huruf dan Mim (dikira) satu huruf (Sunan al-Tirmidhi, 2835).
Pada 21 November (2024) lepas saya dikunjungi Saudari Syaza Athirah, calon sarjana Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau sendiri seorang OKU pendengaran yang diuji Allah hilang nikmat pendengaran akibat jangkitan pada saraf ketika berusia 13 tahun. Ketika menemuramah saya, beliau memakai alat bantuan pendengaran. Alat ini berfungsi seperti “pembesar suara” membantu OKU, Pendengaran menangkap bunyi di sekeliling secara sekata tanpa tapisan. Walaupun membantu mereka menangkap bunyi, ia tidak berapa selesa seperti telinga asli kerana bunyinya bingit daripada berbagai penjuru. |
---|