Kesakitan individu: Jenis, persepsi dan cara membantu

Rasa sakit atau kesakitan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis utama: 1) Akut dan 2) Kronik. Sakit akut boleh jadi dalam dua situasi iaitu: 1) rasa yang tajam dan tertumpu pada satu lokasi tubuh (Nociceptive) atau 2) rasa kejang dan boleh berlaku pada mana-mana lokasi tubuh (Visceral), manakala s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sowtali, Siti Noorkhairina
Format: Article
Language:English
Published: IKRAM Media 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/116081/8/116081_Kesakitan%20individu%20Jenis%2C%20persepsi%20dan%20cara%20membantu.pdf
http://irep.iium.edu.my/116081/
https://ikram.org.my/kesakitan-individu-jenis-persepsi-dan-cara-membantu/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rasa sakit atau kesakitan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis utama: 1) Akut dan 2) Kronik. Sakit akut boleh jadi dalam dua situasi iaitu: 1) rasa yang tajam dan tertumpu pada satu lokasi tubuh (Nociceptive) atau 2) rasa kejang dan boleh berlaku pada mana-mana lokasi tubuh (Visceral), manakala sakit kronik biasanya 1) melibatkan saraf tunjang dan saraf periferi tubuh (Neuropathic) atau akibat 2) sakit yang berpunca daripada kanser. Pada masa yang sama, rasa sakit atau kesakitan turut dikategorikan mengikut lokasi, durasi, intensiti dan etiologi (punca) (Siti Noorkhairina, 2022). Kita sudah pasti sinonim dengan pertanyaan sebegini oleh profesional kesihatan seperti doktor atau jururawat “Sakit di mana?” atau “Ada rasa sakit ke hari ini? Sudah semakin reda ke?” Soalan-soalan ini sangat penting untuk kita mengenal pasti jenis kesakitan dari aspek berikut: a) Lokasi – Bagi pesakit jantung atau yang mengalami masalah sakit dalam perut (sebagai contoh pedih hulu hati atau gastro-aesophagal reflux disease), kadangkala akan mengalami simptom yang hampir sama iaitu rasa sakit yang melangkau sehingga ke bahu (referred atau radiated pain). b) Durasi – Ia merujuk kepada berapa lama seseorang sudah mengalami rasa sakit tersebut. Ia diukur dalam tempoh beberapa minit/jam (akut) sehingga beberapa bulan/tahun (kronik). c) Intensiti – Berkait rapat dengan tahap kesakitan iaitu ringan (mild), pertengahan (moderate) atau teruk (severe). d) Etiologi (punca) – Ia berkait rapat dengan kategori jenis Nociceptive atau Neuropathic yang telah disebutkan sebelum ini.