Strategi Ketidaksantunan Bahasa dalam Animasi Bersiri Kanak-Kanak Upin & Ipin Musim ke-14
Kemunculan heterogen animasi bersiri semakin mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, terdapat sesetengah animasi bersiri yang menyasarkan golongan setahun jagung ini dikesan mempunyai ujaran dan perilaku ketidaksantunan. Oleh itu,makalah ini bertujuan untuk mengkategori...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi Malaysia
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/112798/1/6_21723_LSPVOL11NO1JUNE2024%2B%281%29.pdf http://irep.iium.edu.my/112798/ https://doi.org/10.11113/lspi.v11.21723 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemunculan heterogen animasi bersiri semakin mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, terdapat sesetengah animasi bersiri yang menyasarkan golongan setahun jagung ini dikesan mempunyai ujaran dan perilaku ketidaksantunan. Oleh itu,makalah ini bertujuan untuk mengkategorikan penggunaan strategi ketidaksantunan bahasa dalam animasi bersiri kanak-kanak, “Upin & Ipin” musim ke-14 dengan mengaplikasikan Teori Ketidaksantunan Culpeper (1996) dan seterusnya menganalisis penggunaan strategi ketidaksantunan tersebut. Kaedah yang digunakan dalam makalah ini ialah kaedah pemerhatian dan transkripsi dialog yang diujarkan oleh watak-watak dalam 15 buah episod animasi bersiri kanak-kanak “Upin & Ipin”musim ke-14. Data yang diperoleh diaplikasikan dalam bentuk jadual dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan teks, iaitu penggiliran dialog oleh watak yang terdapat dalam animasi tersebut. Dapatan kajian dikategorikan kepada lima strategi ketidaksantunan, iaitu ketidaksantunan secara langsung, ketidaksantunan positif, ketidaksantunan negatif, penggunaan sindiran dan menahan kesantunan. Dapatan kajian mendapati bahawa strategi ketidaksantunan negatif mencatatkan kekerapan paling tinggi, iaitu sebanyak 19 ujaran daripada 46 ujaran keseluruhan. Kekerapan strategi menahan kesantunan pula mencatatkan kekerapan terendah, iaitu sebanyak 2ujaran. Kesimpulannya, animasi bersiri kanak-kanak juga tidak terlepas daripada penggunaan strategi ketidaksantunan bahasa ini. Penggunaan ujaran yang menzahirkan ketidaksantunan haruslah ditegah supaya tidak menjadi barah kepada generasi akan datang. |
---|