Subuh seperti Jumaat kerana Tuhan atau artis?
“Niat adalah sesuatu yang boleh dipupuk dengan latihan, didikan dan teguran berterusan. Semasa kecil dahulu solat kita tidak sempurna. Buat pun acuh tak acuh kerana disuruh ibu ayah. Namun, setelah usia dan ilmu meningkat keikhlasannya semakin subur.” Benar! Niat sangat penting dalam Islam. Apa s...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Media Mulia Sdn. Bhd.
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/110415/1/Subuh%20seperti%20Jumaat%20kerana%20Tuhan%20atau%20artis_Utusan%20Malaysia_17012024_p27.pdf http://irep.iium.edu.my/110415/ https://www.utusan.com.my/terkini/2024/01/subuh-seperti-jumaat-kerana-tuhan-atau-artis/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | “Niat adalah sesuatu yang boleh dipupuk dengan latihan, didikan dan teguran berterusan. Semasa kecil dahulu solat kita tidak sempurna. Buat pun acuh tak acuh kerana disuruh ibu ayah. Namun, setelah usia dan ilmu meningkat keikhlasannya semakin subur.”
Benar! Niat sangat penting dalam Islam. Apa sahaja kerja ibadat yang didirikan tidak membawa apa-apa makna jika niatnya rosak atau terpesong. Niat umpama alamat pada sampul surat. Mana mungkin surat sampai ke destinasi yang diidam jika alamatnya salah atau kosong.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesungguhnya semua amalan (dinilai Allah) berdasarkan niat, dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya.
Sesiapa yang hijrahnya kerana (tujuan) mendapat dunia yang dicarinya atau kerana wanita yang dikahwininya, maka hijrahnya itu diperolehi berdasarkana apa tujuan hijrahnya. (Sahih al-Bukhari, 3898).
Kempen terbaru subuh seperti Jumaat yang digerakkan di seluruh negara agak memberangsangkan. Masjid yang suram ketika waktu subuh menjadi terang berseri dengan susunan saf yang penuh. |
---|