Iman sebagai tunjang kehidupan manusia, mutiara hikmah dari Risalah Nur
Fitrah iman bertitik tolak dari enam rukun yang secara hakikatnya adalah ghaib dan tidak terzahir dengan panca indera yang lima. Berbeza dengan rukun Islam yang lima kesemuanya merujuk kepada perbuatan zahir fizikal dan panca indera yang lima. Menyedari hakikat ini, Badiuzzaman Said Nursi memulakan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book Chapter |
Language: | Malay |
Published: |
Penerbitan Hayrat & AHAS KIRKHS IIUM
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/109826/11/109826_Iman%20sebagai%20tunjang%20kehidupan%20manusia%2C%20mutiara%20hikmah%20dari%20risalah%20nur.pdf http://irep.iium.edu.my/109826/ https://kulliyyah.iium.edu.my/ahaskirkhs/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fitrah iman bertitik tolak dari enam rukun yang secara hakikatnya adalah ghaib dan tidak terzahir dengan panca indera yang lima. Berbeza dengan rukun Islam yang lima kesemuanya merujuk kepada perbuatan zahir fizikal dan panca indera yang lima. Menyedari hakikat ini, Badiuzzaman Said Nursi memulakan bab mengenai Risalah Iman dan Solat dengan tadabbur firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 3: “Mereka yang beriman dengan perkara ghaib” sebagai salah satu sifat yang dimiliki oleh orang yang bertaqwa iaitu muttaqin. Iman adalah tunjang kehidupan manusia dan intisab (persandaran) yang asasi yang menghadirkan dan menjanjikan segenap aspek kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia ini sebagai ladang bercucuk-tanam menuju akhirat.
Badiuzzaman Said Nursi memberikan perumpamaan iman ibarat sebiji benih pohon Tuba yang kelak ditemui di dalam syurga, yang dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari luas dan besarnya seperti seratus tahun menunggang kenderaan hanya untuk meliputi bayangannya sahaja. Benih ini perlu disemai ketika hidup di dunia lagi kerana sesunggugnya keimanan yang benar dan mutlak kepada Allahlah yang bakal menyuburkan pohon itu di syurga kelak. Berbeza dengan sudut pandang orang yang lalai iaitu ghaflah, orang yang selalu melakukan dosa iaitu fasiq dan orang yang ingkar iaitu kufur kepada hakikat keimanan ini, keingkaran mereka adalah seperti menyemai benih pohon Zaqqum yang akan tumbuh di neraka kelak. Pohon ini digambarkan dalam al-Quran sebagai pohon yang rupanya menakutkan, yang bakal memedihkan dan menyeksakan para penghuni neraka di hari kemudian kerana sifatnya yang berduri dan mengerikan itu. Firman Allah s.w.t.:
Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang, buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. (Surah al-Saffat: 64 dan 65)
Bab ini merupakan satu usaha mengupas dan menghuraikan dengan terperinci bagaimana memahami iman sebagai tunjang kehidupan, kaedah, tips, dan perumpamaannya dari sudut maknawi. Pada penghujung bab dihuraikan beberapa perkara yang boleh membatalkan iman dan kesan akibat tidak beriman. Usaha ini diharapkan dapat membantu menyemai keimanan yang jitu ke dalam hati setiap individu. Sesungguhnya nikmat ini pasti akan menghadirkan kebahagiaan di dunia dan kelak di alam yang abadi di akhirat insyaAllah. |
---|