Kajian projek pembinaan modul pengajian masjid berstruktur negeri Selangor
Masalah sosial yang berkaitan dengan agama dan masyarakat seperti tiada penghujungnya. Setiap hari masyarakat kita dihidangkan dengan pelbagai kes daripada perpecahan institusi keluarga hinggalah keruntuhan akidah. Kes-kes begini memerlukan perhatian serius daripada pihak-pihak berwajib. Masjid seba...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Book Chapter |
Language: | Malay |
Published: |
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/109307/1/109307_Kajian%20projek%20pembinaan%20modul.pdf http://irep.iium.edu.my/109307/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masalah sosial yang berkaitan dengan agama dan masyarakat seperti tiada penghujungnya. Setiap hari masyarakat kita dihidangkan dengan pelbagai kes daripada perpecahan institusi keluarga hinggalah keruntuhan akidah. Kes-kes begini memerlukan perhatian serius daripada pihak-pihak berwajib. Masjid sebagai salah satu institusi terpenting mesyarakat Islam perlu terus memainkan peranan mendidik masyarakat. Salah satu program pendidikan yang penting untuk masyarakat adalah melalui kelas-kelas pengajian di masjid. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menumpukan kepada tahap pemahaman dan penerimaan mesyarakat dan seterusnya cadangan pengukuhan program pengajian di masjid-masjid negeri Selangor. Data kajian diperolehi melalui kaedah pensampelan tidak kebarangkalian, secara khususnya teknik “pensampelan bersasar”di dua daerah di dalam negeri Selangor iaitu Sabak Bernam dan Petaling. Daerah-daerah ini dipilih bagi mewakili kawasan luar bandar dan bandar di dalam negeri Selangor. Hasil kajian ini mendapati bahawa masyarakat Islam di negeri Selangor bersetuju untuk memperkasakan lagi kelas-kelas pengajian ini dengan melihat kepada kandungan ilmu yang disampaikan serta cara penyampaian itu sendiri. Jika ia dapat dilaksanakan, ilmu-ilmu Islam dapat disampaikan kepada masyarakat di dalam keadaan yang teratur. Seterusnya, ia dapat menambahkan lagi kefahaman masyarakat terhadap ajaran-ajaran Islam dan dilaksanakan di dalam kehidupan seharian. |
---|