Tahap kefahaman makna simbolik permainan Kercang dalam kalangan remaja Orang Asli suku kaum Jakun
Arus pemodenan telah memberi kesan yang mendalam terhadap permainan tradisional sesebuah masyarakat sama ada Melayu, Cina, India sertamasyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, pengkaji melakukan sebuah kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti makna simbolik permainan kercang m...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/105340/8/105340_Tahap%20kefahaman%20makna%20simbolik.pdf http://irep.iium.edu.my/105340/ https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/4376 https://doi.org/10.51200/ga.v13i1.4376 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Arus pemodenan telah memberi kesan yang mendalam terhadap permainan tradisional sesebuah masyarakat sama ada Melayu, Cina, India sertamasyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, pengkaji melakukan sebuah kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti makna simbolik permainan kercang masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dan menganalisis tahap kefahaman para remaja mereka terhadap makna simbolik permainan tersebut. Kajian ini dilakukan di Kampung Sentosa, Lenga dan pengkaji membataskan responden kepada sepuluh orang sahaja. Kajian ini menggunakan pendekatankualitatif untuk menjalankan kajian ini dan kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah kepustakaan telah digunakan untuk mendapatkan data berkaitan objektif. Berdasarkan pengaplikasian kaedah-kaedah tersebut, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kercang mempunyai enam jenis iaitu Kercang Pasung, Kercang Kahwin, Kercang Tipah Tertipu, Kercang Wau, Kercang Gunting dan Kercang Dua Lubang. Hasil dapatan juga mendapati bahawa seramai tujuh orang remaja tidak memahami makna simbolik bagi kercang pasung dan empat orang remaja tidak mempunyai kefahaman tentang makna simbolik kercang kahwin. Oleh itu, hasil akhir kajian ini merumuskan bahawa para remaja suku kaum Jakun tidak mempunyai kefahaman yang baik tentang makna simbolik permainan tradisional mereka. |
---|