Kajian novel Hantu Punya Bos karya Dekna Lee: analisis teori rasa fenomenologi

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti serta menganalisis kewujudan rasa berang, benci, cinta atau berahi, dan duka yang terdapat dalam novel Hantu Punya Bos karya Dekna Lee. kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Dapatan menunjukkan bahawa perkataan yang diujark...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusri, Puteri Farzana, Nahar, Nora’Azian
Format: Article
Language:Malay
Published: Kulliyyah of Languages and Management, IIUM 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/102946/1/102946_Kajian%20novel%20Hantu%20Punya%20Bos.pdf
http://irep.iium.edu.my/102946/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti serta menganalisis kewujudan rasa berang, benci, cinta atau berahi, dan duka yang terdapat dalam novel Hantu Punya Bos karya Dekna Lee. kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Dapatan menunjukkan bahawa perkataan yang diujarkan dan dinyatakan dalam novel tersebut melibatkan perkataan suka, benci, dan perlakuan seperti tengkingan dan tangisan bersesuaian dengan Teori Rasa Fenomenologi yang dipilih. Selain itu, turut dianalisis juga rasa berang, benci, cinta atau berahi, dan duka yang terdapat di dalam novel ini. berdasarkan dialog-dialog yang terdapat dalam novel ini, didapati perkataan yang digunakan seperti perubahan pada raut wajah dan nada pertuturan, penggunaan kata serta tingkah laku adalah sesuai dengan teori estetik yang dipilih, iaitu Teori Rasa Fenomenologi. Secara konklusinya, daripada kajian ini, pengkaji telah mengetahui bahawa pengalaman estetik mempunyai perhubungan dengan Kesusasteraan Melayu Moden khususnya terhadap penulisan novel. Pengaplikasian Teori Rasa Fenomenologi dalam novel ini telah berjaya mewujudkan pengalaman estetik yang amat menyeronokkan dan memberikan kesan yang mendalam kepada pembacanya.