Asimilasi budaya adat perkahwinan masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dengan masyarakat Melayu setempat
Arus modenisasi telah meluaskan budaya perkahwinan antara masyarakat Orang Asli suku Jakun dengan masyarakat Melayu. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti asimilasi budaya adat perkahwinan masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dengan masyarakat Melayu setempat serta menganali...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
RMP Publications
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/100168/2/100168_Asimilasi%20budaya%20adat%20perkahwinan%20masyarakat%20Orang%20Asli.pdf http://irep.iium.edu.my/100168/ https://ijurjournal.weebly.com/uploads/2/6/8/1/26810285/31232022-ijur-153-161.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Arus modenisasi telah meluaskan budaya perkahwinan antara masyarakat Orang Asli suku Jakun dengan
masyarakat Melayu. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti asimilasi budaya adat perkahwinan
masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dengan masyarakat Melayu setempat serta menganalisis makna simbolik adat
perkahwinan masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun. Kajian yang mempraktikkan kaedah kualitatif iaitu menjalankan
temu bual bersama masyarakat Orang Asli suku Jakun serta masyarakat Melayu setempat. Hasil kajian mendapati bahawa
asimilasi budaya adat perkahwinan suku Jakun dengan masyarakat Melayu merangkumi adat bertunang, majlis malam
berinai, pakaian dan pelamin serta adat merisik. Makna simbolik adat perkahwinan yang dihuraikan pula merangkumi acara
pemberian pisau dan lembing, menyuap nasi kepal dan ayam goreng, menghisap rokok tembakau serta memakan biji
pinang dan daun sirih yang dilambangkan sebagai kehidupan pasangan suami isteri dalam mengharungi pahit dan manis
selepas mendirikan rumah tangga. |
---|