Kajian nilai shahid al-Quran dalam tatabahasa arab: Satu tinjauan awal
Sejak lebih tiga dekat kebelakangan ini, kajian shahid al-Quran telah mendapat tempat dalam kalangan pengkaji tatabahasa Arab sebagai usaha memahami lambakan jumlah shahid tersebut dalam karya tatabahasa. Kajian ini bermatlamat untuk menyingkap ruang kajian shahid al-Quran yang masih belum diteroka...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/889/1/FH03-FKI-17-08956.pdf http://eprints.unisza.edu.my/889/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejak lebih tiga dekat kebelakangan ini, kajian shahid al-Quran telah mendapat tempat dalam kalangan pengkaji tatabahasa Arab sebagai usaha memahami lambakan jumlah shahid tersebut dalam karya tatabahasa. Kajian ini bermatlamat untuk menyingkap ruang kajian shahid al-Quran yang masih belum diterokai terutama dalam karya yang dihasilkan oleh tokoh tatabahasa serantau. Kertas kerja ini berbentuk kajian kualitatif dengan data utamanya diperoleh melalui analisis dokumen kepustakaan. Data sokongan pula diperoleh melalui temu bual separa struktur ke atas pentadbir dan guru yang mengajar tatabahasa Arab di tiga buah pusat pengajian pondok di Kelantan. Data-data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan prinsip Systematic Literature Review (SLR) bagi memenuhi objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kitab Tashil Nayl al-Amani karangan Sheikh Ahmad al-Fatani sesuai dipilih sebagai korpus kajian shahid al-Quran lanjutan memandangkan jumlah shahid al-Quran yang banyak di dalamnya. Nilai penggunaan shahid al-Quran pula boleh dijadikan fokus kajian berkenaan bagi meneroka sebab tersirat di sebalik pemilihan penggunaan shahid yang tertentu. Pendekatan kajian kualitatif pula dikesan sebagai metodologi yang sesuai kerana kajian sebegini memerlukan daya analisis dan interpretasi secara mendalam terhadap kandungan sesebuah karya tatabahasa. |
---|