Kefahaman Terhadap Al-Asma‟ Al-Husna Dan Kaitannya Dengan Ciri Al-Ikhlas Menurut Al-Ghazali Dalam Kitab Al-Maqsad Al-Asna
Kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna merupakan perkara penting dalam Islam kerana ia telah diperintahkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya. Setiap yang diarahkan oleh baginda s.a.w sudah pasti ada keistimewaannya dan kelebihannya kepada seseorang individu itu khususnya dalam kalanga...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/872/1/FH03-FKI-17-08963.pdf http://eprints.unisza.edu.my/872/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna merupakan perkara penting dalam Islam kerana ia telah
diperintahkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya. Setiap yang diarahkan oleh baginda
s.a.w sudah pasti ada keistimewaannya dan kelebihannya kepada seseorang individu itu khususnya
dalam kalangan umat Islam. Antara keistimewaan tersebut ialah dorongan menyemai ciri al-ikhlas
(keikhlasan) dalam diri seseorang individu Muslim. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan
kaedah memahami al-Asma’ al-Husna menurut al-Ghazali (m. 505). Hubung kait di antara kefahaman
terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-ikhlas yang boleh dibentuk dan disemai dalam diri seseorang
individu Muslim juga diperjelaskan. Kertas kerja ini menggunakan metodologi analisis kandungan
(content analysis) yang difokuskan kepada kitab tulisan al-Ghazali iaitu al-Maqsad al-Asna fi Sharh
Asma’ Allah al-Husna. Kertas kerja ini merumuskan bahawa kaedah kefahaman terhadap al-Asma’ alHusna yang betul akan membantu dan mendorong seseorang individu Muslim itu memiliki ciri al-ikhlas
kerana terdapat hubung kait yang signifikan di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri
al-ikhlas tersebut. |
---|