Institusi tarekat tasawuf dalam pemantapan spiritual insan

Tasawuf merupakan salah satu disiplin ilmu daripada tiga komponen asas ilmu Islam di samping ilmu tauhid dan fikah. Ia adalah bidang ilmu yang membicarakan berkenaan kaedah pembersihan dan penyucian rohani seseorang individu Muslim daripada sifat mazmumah (al-takhalli) dan kaedah menghiasi diri d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hasrul, Shuhari, Wan Hishamudin, Wan Jusoh, Wan Saleha, Wan Sayed
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/7109/1/FH02-FKI-20-41213.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/7109/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tasawuf merupakan salah satu disiplin ilmu daripada tiga komponen asas ilmu Islam di samping ilmu tauhid dan fikah. Ia adalah bidang ilmu yang membicarakan berkenaan kaedah pembersihan dan penyucian rohani seseorang individu Muslim daripada sifat mazmumah (al-takhalli) dan kaedah menghiasi diri dengan sifat mahmudah (al-tahalli) dalam usaha untuk sampai kepada keredaan Allah. Ia memerlukan kepada tunjuk ajar dan sokongan daripada individu yang berkelayakan lantaran dalam proses untuk mencapai kejayaan, sudah pasti akan terbentang pelbagai halangan dan rintangan dalaman mahupun luaran yang tidak mudah untuk diharungi tanpa bimbingan. Dengan demikian, tarekat tasawuf merupakan sebuah institusi yang mengandungi pengamalan dan penghayatan tasawuf yang sebenar melalui pimpinan syaikh mursyid. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan konsep tarekat tasawuf kepada masyarakat dengan tumpuan utamanya untuk menganalisis pendekatan tarekat yang difokuskan kepada peranannya dalam pemantapan spiritual insan. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif. Metode pengumpulan data yang digunakan ialah metode dokumentasi dengan merujuk kepada sumber-sumber sekunder. Dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa institusi tarekat tasawuf merupakan satu pendekatan yang efektif dalam memantapkan spiritual individu melalui pendekatan syaikh mursyid dalam membimbing para salik.