Persepsi Guru terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran Pendidikan Islam [Teacher’s Perception The Use of i-Think Map in Islamic Education Teaching]

Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru terhadap penerimaan peta pemikiran di Terengganu sebagai medium pengajaran Pendidikan Islam. Dengan memilih Model Penerimaan Teknologi (TAM) sebagai teori asas, satu tinjauan soal selidik telah dijalankan di 10 buah SMK...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roslan, Ab Rahman, Roselizam, Daud
Format: Article
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6935/1/FH02-FKI-20-38663.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6935/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru terhadap penerimaan peta pemikiran di Terengganu sebagai medium pengajaran Pendidikan Islam. Dengan memilih Model Penerimaan Teknologi (TAM) sebagai teori asas, satu tinjauan soal selidik telah dijalankan di 10 buah SMK di Terengganu. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan (Statistical Package for Social Science) versi 25.0. Keputusan menunjukkan bahawa persepsi penggunaan berkesan dan persepsi mudah guna dalam penggunaan peta pemikiran i-Think dilihat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan seseorang untuk menerima peta pemikiran i-Think sebagai kaedah pengajaran dalam Pendidikan Islam. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari taburan kekerapan, peratusan dan min. Ujian t juga dijalankan untuk melihat perbezaan antara jantina. Hasil kajian ini telah mendapati guru SMK mempunyai tahap persepsi penggunaan berkesan dan persepsi mudah guna yang tinggi terhadap penggunaan peta pemikiran dalam proses pengajaran secara umum dengan nilai purata min 8.42 (persepsi penggunaan berkesan) dan nilai purata min 7.29 (persepsi mudah guna). Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persepsi penggunaan berkesan dan persepsi mudah guna terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru berdasarkan jantina. Justeru, perbincangan melalui kajian empirikal ini diharapkan memberi sumbangan ke arah mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran yang membantu meningkatkan kemahiran murid dan kerjaya guru.