Korelasi antara Projek Genom Melayu dengan Akidah Islam

Projek Genom Melayu (PGM) merupakan penyelidikan berkaitan genom bangsa Melayu yang dipelopori oleh dua buah Universiti Awam (UA) di Malaysia iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang menfokuskan penghasilan produk farmaseutikal dan mengenal pasti asal-usul bang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi, Wan Rohani, Wan Taib, Mohd Hudzari, Haji Razali
Format: Article
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6362/1/FH02-FKI-18-14577.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6362/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Genom Melayu (PGM) merupakan penyelidikan berkaitan genom bangsa Melayu yang dipelopori oleh dua buah Universiti Awam (UA) di Malaysia iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang menfokuskan penghasilan produk farmaseutikal dan mengenal pasti asal-usul bangsa Melayu itu sendiri. Walaupun ia sangat bermanfaat kepada masyarakat Melayu, penyelidikan ini masih terikat dengan etika sains dan nilai-nilai kemanusiaan berkaitan perundangan dan keagamaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghuraikan kerangka teori kajian dan mengenal pasti hubungan antara PGM dengan akidah Islam seterusnya mencadangkan Indeks Pematuhan Akidah Islam (IPAI) terhadap PGM sebagai tapisan kedua selapas etika sains. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang dikenali sebagai Kaedah Campuran Penerokaan Berturutan (Exploratory Sequencial Mixed Method) terhadap literatur utama dalam bidang berkaitan menggunakan analisis kandungan dan soal selidik terhadap ahli akademik UA di Malaysia menggunakan perisian IBM SPSS 21.0. Kajian ini mendedahkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara pembolehubah-pembolehubah kajian (p-value < 0.05) iaitu PGM dengan akidah Islam (0.403), akidah Islam dengan IPAI (0.639) dan PGM dengan IPAI (0.304). Oleh yang demikian, integrasi antara PGM dengan akidah Islam mampu menghasilkan penyelidikan saintifik yang selari dengan ajaran Islam di samping memberi nilai tambah terhadap korpus ilmu pengetahuan semasa.