Kemahiran membaca teks arab sebagai bahasa kedua: Penelitian dari perspektif teori dan kurikulum
Kemahiran membaca merupakan antara kemahiran bahasa yang utama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa yang digambarkan sebagai proses yang kompleks berlaku dalam minda pembaca yang berkait rapat dengan kefahaman. Namun begitu berdasarkan kepada prestasi dan pencapaian pelajar dal...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/6163/1/FH02--19-25857.pdf http://eprints.unisza.edu.my/6163/2/FH02-FBK-20-37437.pdf http://eprints.unisza.edu.my/6163/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemahiran membaca merupakan antara kemahiran bahasa yang utama dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa yang digambarkan sebagai proses yang kompleks
berlaku dalam minda pembaca yang berkait rapat dengan kefahaman. Namun begitu
berdasarkan kepada prestasi dan pencapaian pelajar dalam keputusan ujian dan peperiksaan
yang dijalankan menunjukkan tahap penguasaan kemahiran membaca dan kefahaman bacaan
dalam kalangan pelajar masih lagi belum mencapai tahap yang memuaskan terutama
membabitkan bahasa kedua/asing (B2) seperti bahasa Arab. Menyedari hakikat betapa
pentingnya kemahiran ini perlu dikuasai, maka kajian ini cuba menyoroti kajian dan
perbincangan para sarjana tentang definisi, konsep dan teori bacaan di samping mengenal
pasti elemen-elemen penting yang perlu diberi penekanan dan tumpuan oleh para pendidik
dalam aktiviti PdP bahasa Arab sebagai B2. Kajian ini turut membincangkan tentang
pelaksanaan aktiviti kemahiran membaca bahasa Arab dalam sesi PdP selari dengan
keperluan teori bacaan dan kurikulum yang bermatlamatkan pelajar dapat memahami patah
perkataan serta ayat pada teks bacaan secara fasih dan lancar. Namun begitu, berdasarkan
kepada teori dan model bacaan penekanan kepada aspek kefahaman bacaan teks yang
melibatkan aspek kognitif serta kemahiran berfikir dilihat lebih signifikan untuk dikuasai.
Justeru, kajian ini turut membincangkan saranan para sarjana mengenai ciri-ciri kemahiran
membaca yang perlu dipraktikkan dalam PdP bahasa Arab sebagai B2. Dengan adanya
rujukan kajian yang berasaskan kepada teori dan model bacaan, diharapkan amalan PdP
kemahiran membaca bahasa Arab sebagai B2 dapat dipertingkatkan selaras dengan ciri-ciri
pembelajaran abad ke-21. |
---|