Penerapan Model Pembelajaran Numbered Head Together di Sekolah Rendah Wilayah Aceh Barat
Pembelajaran merupakan satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pengajaran. Proses transformasi ilmu pengetahuan serta nilai berlaku dalam proses pembelajaran itulah terjadi. Di samping itu juga, interaksi antara guru dengan murid turut berlaku dalam proses tersebut bagi pihak guru me...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/5968/1/FH02-INSPIRE-18-22033.pdf http://eprints.unisza.edu.my/5968/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembelajaran merupakan satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pengajaran.
Proses transformasi ilmu pengetahuan serta nilai berlaku dalam proses pembelajaran itulah terjadi.
Di samping itu juga, interaksi antara guru dengan murid turut berlaku dalam proses tersebut bagi
pihak guru mengenali secara langsung karakteristik serta potensi yang dimiliki murid. Kekurangan
hasil pembelajaran murid terhadap bahan pengajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor
seperti kekurangang aktiviti murid semasa pengajaran. Ini kerana murid tidak bermotivasi untuk
melalui proses pembelajaran dan guru mengajar dengan menggunakan kaedah yang dapat membuat
murid merasakan ketepuan. Penerapan model pembelajaran koperatif Numbered Head Together
(NHT) dipercayai dapat meningkatkan pengetahuan dan hasil belajar murid. Kajian ini bertujuan
untuk mengukur peningkatan tahap pencapaian hasil belajar murid terhadap subjek Sains dengan
menggunakan model tersebut, di samping mencadangkan model yang boleh di terapkan secara
berkesan terhadap pencapaian murid di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah
kuantitatif dengan pensampelan seramai 143 murid dari empat sekolah rendah di wilayah Aceh
Barat. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS V.20 untuk mencapai objektif kajian. Dapatan
kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam hasil belajar murid, yang dapat dilihat daripada
hasil skor yang membuktikan nilai min pada ujian pre-test yang jauh berbeza dengan min pada ujian
post-test. Nilai min pada ujian post-test ialah lebih tinggi daripada nilai min pada ujian pre-test.
Hasil analisis tindak balas murid kepada model pembelajaran koperatif jenis NHT dapat
menghujahkan bahawa murid memberi respons yang amat baik dengan hasil analisis tindak balas
murid pada setiap item. |
---|