Kefahaman terhadap al-asma’ al-husna dan kaitannya dengan ciri al-amanah menurut al-ghazali dalam kitab al-maqsad al-asna

Kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna merupakan perkara penting dalam Islam kerana ia telah diperintahkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya. Setiap yang diarahkan oleh baginda s.a.w sudah pasti ada keistimewaannya dan kelebihannya kepada seseorang individu itu khususnya dalam kalanga...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Mohd Hasrul, Shuhari, Mohd Fauzi, Hamat
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: 2017
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.unisza.edu.my/5310/1/FH02-FKI-17-09817.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5310/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna merupakan perkara penting dalam Islam kerana ia telah diperintahkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya. Setiap yang diarahkan oleh baginda s.a.w sudah pasti ada keistimewaannya dan kelebihannya kepada seseorang individu itu khususnya dalam kalangan umat Islam. Antara keistimewaan tersebut ialah dorongan menyemai ciri al-amanah dalam diri seseorang individu Muslim. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah memahami al-Asma’ al-Husna menurut al-Ghazali (m. 505). Hubung kait di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-amanah dalam diri seseorang individu Muslim juga diperjelaskan. Kertas kerja ini menggunakan metodologi analisis kandungan (content analysis) yang difokuskan kepada kitab tulisan al-Ghazali iaitu al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna. Kertas kerja ini merumuskan bahawa kaedah kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna yang betul akan membantu dan mendorong seseorang individu Muslim itu memiliki ciri al-amanah kerana terdapat hubung kait yang signifikan di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-amanah tersebut.