Pelaburan Emas dalam Kalangan Muslim Profesional di Kuala Terengganu
Pelaburan emas merupakan satu alternatif yang bijak untuk menjaga kestabilan kewangan terutamanya semasa berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Perkara ini menjadi satu fenomena dalam kalangan umat Islam hari ini dengan wujudnya pelbagai bentuk produk, teknik dan pelan pelaburan emas di pasaran se...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/523/1/FH03-FKI-16-06182.pdf http://eprints.unisza.edu.my/523/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelaburan emas merupakan satu alternatif yang bijak untuk menjaga kestabilan kewangan terutamanya
semasa berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Perkara ini menjadi satu fenomena dalam kalangan umat
Islam hari ini dengan wujudnya pelbagai bentuk produk, teknik dan pelan pelaburan emas di pasaran
semasa. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan para pelabur Muslim melabur dalam pelaburan emas,
terdapat produk, teknik dan pelan pelaburan emas yang tidak tidak sah dari sudut undang-undang dan tidak
patuh syariah. Walaupun Parameter Pelaburan Emas patuh syariah telah difatwakan oleh Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, adalah dikhuatiri terdapat
pelabur Muslim yang berpendidikan tinggi, namun masih tidak jelas tentang kriteria pelaburan emas patuh
syariah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan asas, kefahaman dan amalan dalam
kalangan Muslim profesional terhadap pelaburan emas di Kuala Terengganu. Kajian ini dilakukan secara
lapangan (field studies) dan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan melalui instrumen soal
selidik. Responden terdiri daripada 300 orang Muslim professional di Universiti Sultan ZainalAbidin
(UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara (UITM). Data-data yang diperoleh
telah dianalisis dengan menggunakan kaedah perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).
Hasil daripada kajian yang telah dilakukan menunjukkan tahap pengetahuan Muslim profesional di universitiuniversiti ini tentang asas-asas pelaburan emas adalah sederhana. Manakala tahap kefahaman mereka
tentang hukum pelaburan emas patuh syariah pula hanyalah memuaskan. |
---|