Manifestasi karamah insaniah dan ciri-ciri keistimewaannya dalam al-Quran al-Karim
Karamah insaniah, iaitu menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia adalah merupakan asas utama dalam hak asasi manusia yang dititikberatkan dalam al-Quran alKarim. Hak Asasi Manusia (HAM) dalam Islam merujuk kepada himpunan hukum-hukum syarak yang bertujuan untuk memelihara kemaslahatan man...
保存先:
主要な著者: | , |
---|---|
フォーマット: | 論文 |
言語: | English |
出版事項: |
2015
|
主題: | |
オンライン・アクセス: | http://eprints.unisza.edu.my/5171/1/FH02-FKI-17-08700.pdf http://eprints.unisza.edu.my/5171/ |
タグ: |
タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
|
要約: | Karamah insaniah, iaitu menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia adalah
merupakan asas utama dalam hak asasi manusia yang dititikberatkan dalam al-Quran alKarim. Hak Asasi Manusia (HAM) dalam Islam merujuk kepada himpunan hukum-hukum
syarak yang bertujuan untuk memelihara kemaslahatan manusia yang sesuai dengan sifatsifat kemanusiaannya demi kelangsungan hidup yang mulia. Prinsip karamah insaniah
merupakan indikator keinsanan manusia yang membedakannya daripada sekalian
makhluk. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan secara menyeluruh mengenai
karamah insaniah dalam al-Quran al-Karim, dan ciri-ciri keistimewaannya melalui analisis
ayat-ayat terpilih yang berkaitan. Huraian utama mengenai asas-asas karamah insaniah
oleh Allah s.w.t dalam artikel ini dicerakinkan daripada surah al-Isra’, ayat 70 melalui
analisis daripada kitab-kitab tafsir dan rujukan berkaitan HAM dalam Islam. Hasilnya, kajian
mendapati bahawa asas-asas karamah insaniah yang dinyatakan dalam ayat ini adalah
saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain. Manifestasi prinsip karamah insaniah
dalam al-Quran al-Karim ini terhimpun dalam lima (5) perkara,dan ciri-ciri keistimewaannya
yang dinyatakan dalam al-Quran juga dapat dirumuskan kepada lima (5) perkara. Hal ini
membuktikan bahawa prinsip hak-hak asasi manusia dalam Islam adalah yang
perbezaannya yang ketara berbanding prinsip hak-hak asasi manusia yang dicanangkan
dalam undang-undang antarabangsa mahupun agama lain. Ini kerana, Islam menjadikan
karamah insaniah sebagai asas utama HAM. |
---|