Pentaksiran pembelajaran dan implikasi

Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang dirancang secara sistematik untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pentaksiran yang diamalkan oleh negara Malaysia sepatutnya lebih menjurus kepada menentukan kualiti pendidikan, pencapaia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yuslaini, Yunus, Kamarul Shukri, Mat Teh
Format: Article
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5135/1/FH02-FKI-16-06180.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5135/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang dirancang secara sistematik untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pentaksiran yang diamalkan oleh negara Malaysia sepatutnya lebih menjurus kepada menentukan kualiti pendidikan, pencapaian, mencungkil potensi, bakat, mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu, keberkesanan pengaiaran dan pembelajaran dan memotivasikan pelajar. Pada masa ini penekanan banyak diberi kepada pentaksiran sumatif yang hanya mampu memberi maklumat tentang pencapaian pelajar dalam pembelajaran tetapi tidak berupaya mengenal pasti kelemahan dan masalah pelajar dalam pembelajaran. Pentaksiran berkualiti merangkumi lima aspek utama iaitu bersesuaian dengan tujuan, meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran, telus, efisien dan diyakini awam. Pentaksiran sentiasa digunakan untuk pelbagai tujuan tetapi ia menjadi lebih berbeza dan kompleks serta diintegrasikan sebagai pentaksiran pembelajaran iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning).