Faktor Kewujudan Sinonim dalam Bahasa Melayu dan Arab: Satu Analisis Perbandingan

Setiap bahasa di dunia mempunyai ciri-ciri tersendiri terutamanya yang melibatkan aspek linguistik. Bahasa Melayu dan bahasa Arab merupakan antara bahasa-bahasa di dunia yang mempunyai ciri-ciri istimewa dari aspek linguistiknya. Sinonim merupakan sebahagian daripada aspek yang dilihat menyerlahkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Eliza, Abdul Rahman, Mohd Shahrizal, Nasir
Format: Article
Language:Malay
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/4531/1/FH02-FBK-06-01526.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/4531/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap bahasa di dunia mempunyai ciri-ciri tersendiri terutamanya yang melibatkan aspek linguistik. Bahasa Melayu dan bahasa Arab merupakan antara bahasa-bahasa di dunia yang mempunyai ciri-ciri istimewa dari aspek linguistiknya. Sinonim merupakan sebahagian daripada aspek yang dilihat menyerlahkan keistimewaan dan identiti bahasa Melayu dan Arab. Selain itu, sinonim mempunyai signifikan yang jelas dalam pembentukan kosa kata sesuatu bahasa. Makalah ini membincangkan faktor-faktor kewujudan sinonim dalam bahasa Melayu dan Arab. Selain daripada melihat faktor-faktor tersebut, makalah ini juga membuat perbandingan antara faktor-faktor kewujudan sinonim dalam bahasa Melayu dan Arab. Berdasarkan analisis perbandingan yang dilakukan, didapati bahawa peminjaman bahasa menjadi faktor penting bagi kedua-dua bahasa dalam melahirkan kata sinonim. Dari sudut perbezaan pula, bahasa Arab didapati telah mengumpul banyak sinonim daripada dialek-dialek yang saling berbeza dan hal ini tidak begitu menyerlah dalam bahasa Melayu. Kajian mengenai sinonim ini wajar diperluaskan kerana kepentingannya bagi tujuan memelihara identiti sesuatu bahasa, selain sebagai satu medium untuk memperkayakan perbendaharaan kata bahasa tersebut.